Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:78 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

78-79 Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

78-79 Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:78
19 Iomraidhean Croise  

Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu, yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.


Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud.


Aku akan memimpin umat-Ku yang buta melalui jalan yang belum pernah dilalui mereka. Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya, dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka. Itulah hal-hal yang akan Kulakukan, Aku pasti melaksanakan segala-galanya.


Ya TUHAN, pandanglah kami dari syurga, tempat kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah kasih dan keperkasaan-Mu? Di manakah kasih dan belas kasihan-Mu? Janganlah tahan semua itu daripada kami.


Aku akan menceritakan kasih TUHAN; aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya. Dia telah memberkati umat Israel dengan berlimpah-limpah kerana rahmat-Nya dan kasih-Nya tidak berkesudahan.


Dengarlah hai Imam Agung Yosua, dan juga kamu imam-imam yang menjadi rakannya, kamu semua lambang masa depan yang baik. Pada masa itu, Aku akan mengutus hamba-Ku yang disebut ‘Tunas’.


Beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, ‘Orang yang disebut Tunas akan berjaya di tempat dia berada, dan dia akan membina semula Rumah TUHAN.


Tetapi bagi kamu yang taat kepada-Ku, kuasa-Ku yang menyelamatkan kamu akan terbit seperti matahari, dan kuasa-Ku itu akan memberikan kesembuhan seperti sinar matahari. Kamu akan bebas dan gembira seperti anak lembu yang dikeluarkan dari kandang.


Aku melihat masa hadapan, aku nampak bangsa Israel. Daripada bangsa itu, seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang, yang muncul daripada Israel. Dia akan membinasakan para pemimpin Moab, dan menghancurkan semua orang Set.


Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.


kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”


Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.


Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah, dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan.


Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.


Oleh itu kami lebih yakin lagi akan perkhabaran yang diisytiharkan oleh nabi-nabi. Sebaiknya kamu perhatikan perkhabaran itu, kerana perkhabaran itu seperti pelita yang bersinar di tempat gelap sehingga fajar menyingsing, dan cahaya bintang fajar bersinar di dalam hati kamu.


Jika seorang kaya melihat saudaranya yang miskin memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu menolong saudaranya itu, bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia mengasihi Allah?


“Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku supaya mengisytiharkan perkara-perkara ini kepada jemaah. Aku keturunan Daud; Aku bintang timur yang terang itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan