Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:72 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita, serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita, serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:72
21 Iomraidhean Croise  

Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang yang mengutuk engkau. Melalui engkau, Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.”


Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.”


Aku akan mengurniai engkau keturunan sebanyak bintang di langit dan Aku akan memberikan seluruh wilayah ini kepada mereka. Semua bangsa di dunia akan memohon supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku sudah memberkati keturunanmu.


Mereka akan menjadi sebanyak debu di bumi. Mereka akan meluaskan wilayah ke semua arah dan melalui engkau serta keturunanmu, Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.


perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, dan janji-Nya dengan Ishak,


Dia ingat akan janji-Nya yang suci kepada Abraham, hamba-Nya.


Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya, dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.


Dia memberikan makanan kepada orang yang menghormati Dia; Dia tidak pernah melupakan perjanjian-Nya.


Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka. Semua bangsa di seluruh dunia telah melihat kemenangan Allah kita.


Namun Aku akan memenuhi perjanjian yang Aku buat dengan engkau ketika engkau masih muda. Aku akan membuat perjanjian yang berlaku selama-lamanya dengan engkau.


Ketika Aku lalu lagi, Aku sedar bahawa masamu untuk bercinta sudah tiba. Aku menutupi tubuhmu yang bogel dengan jubah-Ku. Aku berjanji akan mencintai engkau dan Aku membuat janji perkahwinan dengan engkau agar engkau menjadi milik-Ku.” Demikianlah firman TUHAN Raja.


Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan Yakub, Ishak, dan Abraham. Aku akan membaharui janji-Ku untuk memberikan negeri itu kepada umat-Ku.


Engkau akan menunjukkan kesetiaan-Mu dan kasih-Mu yang abadi kepada umat-Mu, keturunan Abraham dan Yakub, seperti yang Engkau janjikan kepada nenek moyang kami dahulu kala.


Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima Berita Baik daripada Allah, mereka menjadi musuh Allah. Tetapi hal itu membawa faedah bagi kamu, orang bukan Yahudi. Tetapi kerana pilihan Allah, orang Yahudi tetap dikasihi oleh Allah, kerana janji Allah kepada nenek moyang mereka.


Merekalah umat yang dipilih oleh Allah; Allah menjadikan mereka anak-Nya sendiri dan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada mereka. Dia mengadakan perjanjian-perjanjian dengan mereka dan memberi mereka Taurat. Mereka diberitahu oleh Allah cara menyembah Dia dengan betul, dan mereka menerima janji-janji Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan