Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:65 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

65 Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

65 Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:65
12 Iomraidhean Croise  

Yesus lahir di kota Betlehem di negeri Yudea, pada masa pemerintahan Raja Herodes. Kemudian beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem.


Tidak lama kemudian, Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pergunungan.


Semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu.


Orang ramai kehairanan lalu memuji Allah. Dengan perasaan takut mereka berkata, “Sungguh menghairankan perkara yang kita saksikan hari ini!”


Semua orang takut lalu memuji Allah. Mereka berkata, “Seorang nabi yang besar telah datang di kalangan kita! Allah sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya!”


Semua orang Yahudi dan orang bukan Yahudi yang tinggal di Efesus mendengar peristiwa itu, lalu mereka menjadi takut. Oleh itu nama Tuhan Yesus semakin dipuji-puji.


Banyak mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh rasul-rasul itu, sehingga semua orang kagum dan takut.


Dengan demikian jemaah dan semua orang lain yang mendengar peristiwa itu menjadi sangat takut.


Sebaik sahaja Ananias mendengar kata-kata itu, dia jatuh lalu mati. Semua orang yang mendengar peristiwa itu menjadi takut.


Yosua menakluki seluruh tanah itu. Dia mengalahkan raja-raja di kawasan perbukitan, lereng-lereng bukit di sebelah timur, kaki-kaki bukit di sebelah barat dan juga tanah-tanah kering di sebelah selatan. Dia tidak membiarkan seorang pun hidup; dia membunuh tiap-tiap orang. Itulah perintah TUHAN, Allah Israel.


Orang Gibeon mengirimkan berita ini kepada Yosua di perkhemahan di Gilgal, “Tuan, janganlah tinggalkan kami! Marilah tolong kami dengan segera! Selamatkanlah kami! Semua raja orang Amori di perbukitan telah bergabung dan menyerang kami!”


Setelah tiga hari setengah, nafas daripada Allah yang memberikan hidup, memasuki mereka. Mereka pun bangkit, sehingga semua orang yang melihat mereka sangat ketakutan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan