Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:51 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

51 Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

51 Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:51
32 Iomraidhean Croise  

Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu.


TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.


Bau harum korban itu menyenangkan hati TUHAN, lalu TUHAN berfirman di dalam hati, “Aku tidak lagi mengutuk bumi kerana perbuatan manusia; Aku tahu bahawa sejak masa muda, fikiran manusia itu jahat. Aku tidak lagi membinasakan semua makhluk hidup, seperti yang telah Aku lakukan kali ini.


Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah; “TUHAN melakukan perbuatan perkasa!


TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka.


“Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah, tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah, dan mencari perlindungan dalam jenayah.”


Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku; aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa.


Engkau memerintah laut yang bergelora, Engkau menenangkan ombak yang melambung hebat.


Engkau mencipta utara dan selatan; Gunung Tabor dan Gunung Hermon bersorak-sorai memuji-Mu.


Mazmur. Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan! Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri, Dia telah mencapai kemenangan.


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN lebih agung daripada semua tuhan, kerana Dia melakukan semua itu ketika orang Mesir bertindak dengan sangat angkuh terhadap orang Israel.”


TUHAN Raja datang untuk memerintah dengan kekuasaan, Dia akan membawa umat yang telah diselamatkan-Nya.


Bangkitlah, ya TUHAN, tolonglah kami! Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu. Gunakanlah kuasa-Mu seperti pada zaman purba, ketika Engkau menghancurkan Rahab, naga laut itu.


TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya yang suci di hadapan semua bangsa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya, dan seluruh bumi akan menyaksikannya.


Di manakah TUHAN, yang dengan kuasa-Nya telah melakukan perkara-perkara ajaib melalui Musa? Dia membelah air laut dan memimpin umat-Nya menyeberangi laut yang dalam, sehingga nama-Nya termasyhur selama-lamanya.” Seperti kuda liar mereka tidak tersandung kerana TUHAN memimpin mereka.


TUHAN akan melemahkan kamu, dan tiada sesiapa pun akan menghormati kamu.


Sekarang beta, Nebukadnezar, memuji, menghormati, dan memuliakan Raja penguasa di syurga. Segala perbuatan-Nya benar dan adil. Dia sanggup merendahkan sesiapa yang berlaku sombong.”


Mereka mengenal Allah, tetapi mereka tidak menghormati Dia sebagai Allah. Mereka tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan fikiran mereka dipenuhi kegelapan.


dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.


Pernahkah ada suatu tuhan yang berani mengambil suatu umat daripada bangsa lain lalu menjadikan umat itu umatnya sendiri, seperti yang dilakukan oleh TUHAN, Allah kamu bagi kamu di Mesir? Di depan mata kamu sendiri Dia telah menggunakan kuasa dan kekuatan-Nya yang besar; Dia mendatangkan wabak dan peperangan, melakukan mukjizat dan keajaiban, serta menyebabkan perkara-perkara dahsyat berlaku.


Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”


Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya: penyakit, kesedihan, dan kebuluran. Babel akan dihanguskan oleh api, kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan