Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:48 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

48 Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

48 Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:48
19 Iomraidhean Croise  

dan Lea berkata, “Alangkah berbahagianya aku! Sekarang semua wanita akan mengatakan aku berbahagia.” Maka dia menamakan anak itu Asyer.


Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.


Apabila TUHAN membina Sion semula, Dia akan menyatakan keagungan-Nya.


Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi.


Walaupun Engkau begitu agung, Engkau memperhatikan orang yang hina, dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.


Semoga selama-lamanya nama raja diingati, dan kemasyhurannya kekal seperti matahari. Semoga semua bangsa minta diberkati seperti raja, dan semua orang menyebut raja berbahagia.


Aku sendiri yang menciptakan alam semesta. Aku suka kepada orang yang rendah hati dan bertaubat, yang takut dan taat kepada-Ku.


Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik.”


Malaikat itu datang kepada Maria dan berkata, “Salam sejahtera, hai engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertai engkau!”


lalu dia berseru, “Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!


Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”


kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya.


Setelah Yesus berkata demikian, seorang wanita antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Alangkah bahagianya wanita yang melahirkan dan menyusui kamu!”


Kemudian Hana mengucapkan suatu janji, katanya, “Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, perhatikanlah hamba-Mu ini. Lihatlah kesusahanku, dan ingatlah akan aku. Jangan lupakan aku. Jika Engkau memberikan seorang anak lelaki kepadaku, aku berjanji akan menyerahkan dia kepada-Mu seumur hidupnya. Rambutnya tidak akan dipotong.”


Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan