Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:33 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

33 Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

33 Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:33
28 Iomraidhean Croise  

Dialah yang akan membina rumah bagi-Ku, dan Aku akan memastikan supaya untuk selama-lamanya seorang keturunannya akan memerintah sebagai raja.


Engkau akan sentiasa mempunyai keturunan dan Aku akan mengekalkan kerajaanmu. Kerajaanmu tidak akan berkesudahan.’ ”


Anak panah tuanku yang tajam akan menembusi jantung musuh; bangsa-bangsa akan rebah ke bawah kaki tuanku.


Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang pilihan-Ku; Aku telah berjanji kepada Daud, hamba-Ku:


Kemudian seorang daripada keturunan Raja Daud akan menjadi raja yang memerintah rakyatnya dengan kasih dan kesetiaan. Baginda akan cepat bertindak untuk melakukan yang benar, dan baginda akan menegakkan keadilan.)


Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepada kerajaan Israel, iaitu keturunan Yakub.


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa.


Kemudian Raja Darius menulis surat kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di dunia: “Salam sejahtera!


Tetapi umat Allah Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”


Kuasa serta kebesaran segala kerajaan di bumi akan diberikan kepada umat Allah Yang Maha Tinggi. Kuasa mereka untuk memerintah tidak akan berakhir, dan semua penguasa di bumi akan mengabdi kepada mereka serta mentaati mereka.”


Orang Yerusalem yang berjaya akan menyerang Edom dan menaklukinya. TUHAN sendiri akan memerintah sebagai raja.”


Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”


Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.


Yesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.


Maria berkata kepada malaikat itu, “Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?”


Aku tidak mengatakan bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah tidak berlaku. Apa yang dijanjikan-Nya sudah berlaku, kerana bukan semua orang Israel umat yang dipilih-Nya.


Jika kamu milik Kristus, maka kamu keturunan Abraham dan akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah.


Bagi mereka yang hidup dengan pendirian itu, dan juga bagi semua umat Allah, aku berdoa agar Allah mengurniai mereka kesejahteraan dan rahmat-Nya.


Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.


Tetapi tentang Anak itu, Allah berfirman, “Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan.


Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan