Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:30 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

30 Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

30 Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:30
13 Iomraidhean Croise  

Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN.


Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.


TUHAN berfirman, “Walaupun kamu kecil dan lemah, hai Israel, jangan takut, Aku akan menolong kamu. Aku, Allah Israel, Allah yang suci, Akulah yang menyelamatkan kamu.


Akulah TUHAN yang telah menciptakan kamu, yang membentuk kamu semasa kamu dalam kandungan, dan Aku akan menolong kamu. Janganlah takut; kamu hamba-Ku, umat pilihan-Ku yang Aku kasihi.


Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!”


Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu.


Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Zakharia! Allah sudah mendengar doamu. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan dia Yohanes.


“Janganlah takut, hai kamu yang kecil bilangan, kerana Bapa kamu berkenan membenarkan kamu menikmati Pemerintahan-Nya.


Malaikat itu berkata, ‘Janganlah takut, Paulus! Engkau akan menghadap Kaisar. Oleh sebab kebaikan hati Allah kepadamu, semua orang yang belayar denganmu akan selamat.’


Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?


Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, “Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan