Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:20 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

20 Apa yang aku katakan akan berlaku pada waktunya. Tetapi kerana engkau tidak percaya, engkau akan menjadi bisu sehingga apa yang aku katakan berlaku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

20 Apa yang aku katakan akan berlaku pada waktunya. Tetapi kerana engkau tidak percaya, engkau akan menjadi bisu sehingga apa yang aku katakan berlaku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:20
22 Iomraidhean Croise  

Pada masa itu ajutan raja berkata, “Mustahil! Walaupun TUHAN sendiri menurunkan hujan pada saat ini juga, hal itu mustahil!” Elisa menjawab, “Kamu akan menyaksikannya, tetapi kamu tidak akan makan makanan itu.”


Tetapi ajutan raja berkata kepada Elisa, “Mustahil! Walaupun TUHAN sendiri menurunkan hujan pada saat ini juga, hal itu mustahil!” “Kamu akan menyaksikannya,” jawab Elisa, “tetapi kamu tidak akan makan makanan itu.”


Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Siapakah yang memberikan mulut kepada manusia? Siapakah yang membuat manusia bisu atau tuli? Siapakah yang membuat manusia celik atau buta? Aku, TUHAN.


Israel tidak lebih kuat daripada Samaria, ibu kotanya, dan Samaria pun tidak lebih kuat daripada Raja Pekah. Jika kamu tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Ku, pasti kamu akan jatuh.”


Pada hari itu juga engkau akan dapat bercakap semula, dan engkau akan bercakap dengan dia. Dengan demikian, engkau akan menjadi tanda bagi umat, dan mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”


Aku akan membuat engkau kelu lidah sehingga engkau tidak dapat memberikan amaran kepada kaum pemberontak ini.


Ketika dia mengatakan hal itu, aku menundukkan muka. Aku terpegun.


Tetapi TUHAN menegur Musa dan Harun, lalu berfirman, “Kerana kamu kurang percaya kepada-Ku untuk menyatakan kuasa-Ku yang suci di hadapan umat Israel, kamu tidak akan memimpin umat itu ke tanah yang Aku janjikan kepada mereka.”


Akhirnya, Yesus menampakkan diri kepada sebelas orang pengikut-Nya ketika mereka sedang makan. Dia menegur mereka kerana mereka kurang beriman dan terlalu degil, sehingga tidak percaya kepada kesaksian orang yang sudah melihat sendiri bahawa Dia hidup.


Yesus berkata kepada mereka, “Hai kamu orang yang tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah harus Aku bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!”


Malaikat itu menjawab, “Aku ini Gabriel yang sentiasa siap melakukan suruhan Allah. Dia sendiri mengutus aku kepadamu supaya menyampaikan berita baik ini.


Sementara itu, orang ramai sedang menantikan Zakharia. Mereka hairan kerana dia begitu lama di dalam Rumah Tuhan.


Ketika Zakharia keluar, dia tidak dapat bercakap kepada mereka. Dia memberikan isyarat dengan tangan kerana dia bisu. Lalu orang di situ tahu bahawa Zakharia sudah nampak satu penglihatan di dalam Rumah Tuhan.


Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”


Pada masa itu juga Zakharia dapat bercakap semula lalu mula memuji-muji Allah.


Tetapi bagaimana halnya jika sebahagian daripada orang Yahudi tidak setia? Adakah kerana hal itu Allah menjadi tidak setia?


Jika kita tidak setia, Dia tetap setia, kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.”


Ajaran itu berdasarkan harapan kita untuk menerima hidup sejati dan kekal. Allah yang tidak berdusta, telah menjanjikan hidup itu sebelum permulaan zaman.


Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita.


Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan