Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:17 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

17 Dia akan menjadi utusan Tuhan yang kuat dan berkuasa seperti Elia. Dia akan mendamaikan bapa dengan anak, serta memimpin orang yang tidak taat kembali ke jalan fikiran yang benar. Dia juga akan mempersiapkan suatu umat untuk Tuhan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

17 Dia akan menjadi utusan Tuhan yang kuat dan berkuasa seperti Elia. Dia akan mendamaikan bapa dengan anak, serta memimpin orang yang tidak taat kembali ke jalan fikiran yang benar. Dia juga akan mempersiapkan suatu umat untuk Tuhan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:17
38 Iomraidhean Croise  

Seorang nabi bernama Elia dari Tisbe di Gilead berkata kepada Raja Ahab, “Demi TUHAN yang hidup, Allah Israel yang hamba sembah, hamba memberitahu tuanku bahawa selama dua atau tiga tahun tidak akan ada embun ataupun hujan, sehingga hamba mengatakan ada hujan.”


Elia menjawab, “Hamba bukan pengacau. Tuanku dan keluarga tuankulah pengacau itu. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN dan tuanku menyembah berhala Baal.


Apabila Raja Ahab bertemu dengan Elia, baginda bertitah, “Hai musuh, akhirnya engkau berjaya mendapat beta!” “Benar,” jawab Elia. “Perbuatan tuanku jahat semata-mata di sisi TUHAN.


Elia berkata kepada raja, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Oleh sebab engkau mengirim utusan untuk bertanya kepada Baal-Zebub, dewa kota Ekron - seolah-olah tidak ada Allah di Israel untuk ditanya - engkau tidak akan sembuh; engkau akan mati!’ ”


Ya TUHAN Allah, yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Yakub, nenek moyang kami, kiranya Engkau menjaga umat-Mu supaya tetap mengasihi Engkau seperti sekarang ini, dan tolonglah supaya mereka setia kepada-Mu untuk selama-lamanya.


Raja Hizkia dan rakyat bersukacita kerana Allah telah menolong mereka melakukan semua perkara itu dengan begitu cepat.


TUHAN, kabulkanlah doa orang hina; berikanlah semangat kepada mereka.


Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN; Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya. Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!


Mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka, umat yang sentiasa memberontak dan tidak taat; iman mereka tidak pernah kukuh, dan mereka tidak setia kepada Allah.


Orang bodoh akan belajar dan faham, dan mereka yang sentiasa bersungut-sungut akan suka menerima pengajaran.”


Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan menghukum kamu. Bersiaplah menghadapi hukuman yang akan Kutimpakan kepada kamu!”


Jika kamu mahu percaya kepada perkhabaran mereka, Yohanes itulah Elia yang kedatangannya sudah dinubuatkan.


Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!”


Yohaneslah orang yang dimaksudkan oleh Nabi Yesaya ketika dia berkata, “Seorang berseru di padang gurun, ‘Sediakanlah jalan bagi Tuhan; luruskanlah jalan bagi-Nya.’ ”


Pakaian Yohanes dibuat daripada bulu unta, dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu hutan.


Dia akan memimpin banyak orang Israel kembali kepada Tuhan, Allah mereka.


Engkau, hai anakku, akan disebut nabi Allah Yang Maha Tinggi. Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,


Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.


Aku sudah nampak kejadian ini,” kata Yohanes, “dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah.”


Kamu sendiri menjadi saksiku bahawa aku pernah berkata, ‘Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, tetapi aku diutus terlebih dahulu daripada-Nya.’


Itulah sebabnya saya segera menyuruh orang memanggil tuan, dan tuan sungguh baik hati kerana sudi ke mari. Sekarang kami berkumpul di sini di hadapan Allah, untuk mendengar apa sahaja yang akan tuan katakan seperti yang diperintahkan oleh Tuhan.”


Allah juga ingin menyatakan kebahagiaan berlimpah-limpah, yang dicurahkan-Nya kepada kita yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya. Kita sudah disiapkan oleh-Nya untuk menerima kebahagiaan itu.


Sesiapa yang membersihkan diri daripada segala ajaran sesat, akan digunakan untuk tujuan yang mulia. Dia telah mengabdikan diri kepada Tuannya dan berguna bagi-Nya. Dia sedia digunakan untuk semua pekerjaan yang baik.


Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.


Oleh itu, anak-anakku, tetaplah hidup bersatu dengan Kristus, supaya pada waktu Dia datang, kita dapat menghadap Dia dengan penuh keberanian. Kita tidak perlu bersembunyi kerana malu.


Kemudian aku nampak takhta-takhta dan orang yang duduk di atas takhta-takhta itu diberikan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat roh-roh orang yang sudah dipancung kerana memberitakan ajaran benar yang dinyatakan oleh Yesus, dan kerana menyampaikan firman Allah. Mereka tidak menyembah binatang itu ataupun patungnya. Mereka tidak menerima tanda binatang itu pada dahi ataupun pada tangan. Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama-sama Kristus selama seribu tahun.


Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan