Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:15 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

15 Dia akan menjadi orang besar di sisi Tuhan. Dia tidak boleh minum wain atau minuman keras. Sejak di dalam rahim ibunya dia akan dikuasai oleh Roh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

15 Dia akan menjadi orang besar di sisi Tuhan. Dia tidak boleh minum wain atau minuman keras. Sejak di dalam rahim ibunya dia akan dikuasai oleh Roh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:15
22 Iomraidhean Croise  

Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa.


Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”


Aku telah menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan semua musuhmu ketika engkau berperang. Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terbesar di dunia.


Segala harta dan kekayaan berasal daripada-Mu; segala sesuatu Engkau kuasai dengan kekuatan dan kekuasaan-Mu; Engkau berkuasa membuat sesiapa sahaja menjadi orang besar dan kuat.


Mereka berkata, “Kamu percaya kepada TUHAN, tetapi mengapakah Dia tidak menyelamatkan kamu? Jika TUHAN mengasihi kamu, mengapakah Dia tidak menolong kamu?”


“Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”


Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak minum wain. Nenek moyang kami, Yonadab anak Rekhab, melarang kami dan keturunan kami daripada minum wain.


“Janganlah engkau dan anak-anakmu masuk ke dalam Khemah TUHAN setelah minum wain ataupun minuman keras. Jika kamu masuk, kamu akan mati. Inilah peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua keturunanmu.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan melindungi umat-Nya, mereka akan membinasakan musuh. Mereka akan memekik seperti orang mabuk memekik, sambil menumpahkan darah musuh; darah musuh akan mengalir seperti darah korban, yang dicurahkan di atas mazbah dari sebuah mangkuk.


Engkau akan sangat bersukacita dan bergembira, dan banyak orang akan bersukacita apabila dia dilahirkan!


Yesus berkata pula, “Hendaklah kamu tahu bahawa di dunia ini tidak ada orang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Tetapi orang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes.”


Yohanes Pembaptis datang, dia berpuasa dan tidak minum wain; lalu kamu berkata, ‘Dia dirasuk syaitan!’


Yohanes bagaikan pelita yang menyala dan bersinar. Untuk sementara waktu kamu menikmati cahayanya dan kamu bersukacita.


Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.


Tetapi oleh sebab rahmat-Nya, Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil aku untuk mengabdikan diri kepada-Nya.


Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.


TUHAN berfirman kepada Yosua, “Apa yang Aku lakukan hari ini akan menyebabkan semua umat Israel sangat menghormati engkau. Mereka akan sedar bahawa Aku menyertai engkau sebagaimana Aku menyertai Musa.


Perbuatan TUHAN pada hari itu menyebabkan umat Israel menghormati Yosua sebagai orang besar. Mereka menghormati dia sepanjang hayatnya sebagaimana mereka menghormati Musa dahulu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan