Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




IBRANI 1:10 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

10 Allah juga berfirman, “Engkau, ya Tuhan, pada mulanya menjadikan bumi, dan dengan tangan-Mu sendiri Engkau menjadikan langit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

10 Allah juga berfirman, “Engkau, ya Tuhan, pada mulanya menjadikan bumi, dan dengan tangan-Mu sendiri Engkau menjadikan langit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




IBRANI 1:10
17 Iomraidhean Croise  

Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,


Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.


ketika Dia memerintahkan air laut naik sampai ke batas yang ditentukan-Nya. Aku sudah pun ada ketika dasar bumi diletakkan-Nya.


Siapakah dapat menyukat air laut dengan lekuk tangannya, atau mengukur langit dengan jengkal? Siapakah yang dapat menyukat tanah bumi ini dengan cawan, atau menimbang berat gunung dan bukit dengan dacing?


TUHAN Allah menciptakan dan membentangkan langit; Dia membentuk bumi serta segala yang hidup di atasnya; Dia memberikan nyawa dan nafas kepada manusia. Sekarang Allah berfirman kepada hamba-Nya,


Tangan-Ku meletakkan asas bumi, dan membentangkan langit. Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap, kedua-duanya datang dengan segera.


Adakah kamu sudah lupa akan TUHAN Pencipta kamu, yang membentangkan langit, dan meletakkan asas bumi? Mengapakah kamu sentiasa takut terhadap keganasan penindas, yang mahu membinasakan kamu? Keganasan mereka tidak dapat menyentuh kamu lagi.


Pandanglah langit dan lihatlah bumi! Langit akan lenyap seperti asap, dan bumi akan lapuk bagaikan kain usang, semua penduduknya akan mati seperti lalat. Tetapi penyelamatan daripada-Ku akan kekal selama-lamanya; kemenangan-Ku tidak akan berakhir.


Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami.


“Ya TUHAN Raja, Engkaulah yang menciptakan langit dan bumi dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar. Tiada yang terlalu sukar bagi-Mu.


Inilah perkhabaran daripada TUHAN tentang Israel. TUHAN yang membentangkan langit, menciptakan bumi, dan memberikan hidup kepada manusia berfirman,


Jangan tergoda untuk menyembah dan mengabdi kepada yang kelihatan di langit, iaitu matahari, bulan, dan bintang. TUHAN, Allah kamu telah memberikan benda-benda itu kepada semua bangsa lain untuk disembah.


Kata-kata “sekali lagi” menunjukkan bahawa seluruh alam yang diciptakan akan digoncangkan dan disingkirkan, supaya apa yang tidak dapat digoncangkan akan tertinggal.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, saksi yang setia dan benar, sumber segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan