FILIPI 2:12 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible12 Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible12 Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, Faic an caibideil |
Dengarlah firman TUHAN, hai kamu yang takut dan taat kepada-Nya: “Kerana kamu setia kepada-Ku, sebahagian daripada bangsa kamu sendiri akan membenci dan menolak kamu. Mereka akan mengolok-olok kamu dan berkata, ‘Biarlah TUHAN menunjukkan kebesaran-Nya dan menyelamatkan kamu, supaya kami nampak kamu bersukacita.’ Tetapi mereka sendirilah yang akan dipermalukan.
Oleh itu penting bagi kamu untuk hidup sesuai dengan apa yang dituntut oleh Berita Baik tentang Kristus. Dengan demikian sama ada aku dapat berjumpa dengan kamu atau tidak, aku akan mendapat berita bahawa kamu berdiri teguh dan berjuang dengan satu tujuan dan satu keinginan, untuk iman yang berdasarkan Berita Baik itu.