ESTER 7:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible8 Dengan putus asa Haman merebahkan diri ke atas tempat duduk Ester untuk memohon belas kasihan. Tetapi tepat pada saat itu juga raja kembali dari taman istana. Apabila raja melihat Haman begitu, raja bertitah, “Apa? Orang ini masih juga berani memperkosa permaisuri di sini, di hadapan beta dan di dalam istana beta sendiri!” Sebaik sahaja raja berkata demikian, beberapa orang sida-sida menyelubungi kepala Haman. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible8 Dengan putus asa Haman merebahkan diri ke atas tempat duduk Ester untuk memohon belas kasihan. Tetapi tepat pada saat itu juga raja kembali dari taman istana. Apabila raja melihat Haman begitu, raja bertitah, “Apa? Orang ini masih juga berani memperkosa permaisuri di sini, di hadapan beta dan di dalam istana beta sendiri!” Sebaik sahaja raja berkata demikian, beberapa orang sida-sida menyelubungi kepala Haman. Faic an caibideil |
Pekarangan istana dihias dengan tirai daripada kain linen berwarna biru dan putih, yang diikat dengan pita linen ungu yang halus, dan disangkutkan pada gelang-gelang perak yang dipasang pada tiang-tiang marmar. Sofa-sofa daripada emas dan perak di pekarangan istana, diletakkan di atas lantai yang berturap marmar putih, hablur merah, gewang yang berkilap, dan batu firus biru.