ESTER 2:16 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible16 Demikianlah pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible16 Demikianlah pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana. Faic an caibideil |
Kemudian tibalah giliran Ester untuk menghadap raja. Ester ialah anak Abihail, dan sepupu Mordekhai, yang sudah memeliharanya seperti anaknya sendiri. Ester dikagumi oleh setiap orang yang melihatnya. Apabila gilirannya tiba, Ester berpakaian menurut petunjuk dan nasihat Hegai, sida-sida yang menjadi ketua istana wanita itu.
Hendaklah tuanku melantik pegawai di semua wilayah kerajaan, lalu suruhlah mereka membawa semua anak dara yang cantik ke istana wanita di Susan, ibu kota ini. Serahkanlah mereka ke bawah jagaan Hegai, sida-sida yang menjadi ketua rumah tangga istana wanita. Dia akan mengurus mereka dan memberikan perawatan kecantikan kepada mereka.
Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.