Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




DANIEL 9:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




DANIEL 9:3
30 Iomraidhean Croise  

Raja Daud berdoa kepada Allah bagi kesembuhan anak itu. Raja Daud berpuasa dan setiap malam baginda berbaring di lantai biliknya semalam suntuk.


Setelah mereka bersumpah, Ezra pergi dari bahagian depan Rumah TUHAN ke tempat tinggal Yohanan anak Elyasib. Ezra bermalam di situ dan bersedih hati kerana memikirkan ketidaksetiaan orang dari pembuangan itu. Dia tidak makan atau minum apa-apa pun.


Selepas itu, di pinggir Sungai Ahawa, saya mengisytiharkan bahawa kami harus berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa agar Dia memimpin kami dalam perjalanan dan melindungi kami, anak-anak kami, dan segala milik kami.


Pada masa korban petang mula dipersembahkan, saya bangun dari tempat saya duduk bersedih hati dengan berpakaian koyak rabak, lalu saya berlutut dan mengangkat tangan kepada TUHAN, Allah saya.


Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.


“Suruhlah semua orang Yahudi di Susan berkumpul. Suruhlah mereka berpuasa dan berdoa bagi saya. Jangan makan atau minum apa-apa pun selama tiga hari dan tiga malam. Saya sendiri dan dayang-dayang saya pun akan berbuat demikian. Setelah itu saya akan menghadap raja, walaupun perbuatan itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati!”


Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”


Semasa mereka sakit, aku berkabung dan berpuasa; aku berdoa dengan menundukkan kepala,


Pada waktu itu TUHAN Raja Yang Maha Kuasa menyuruh kamu menangis dan meratap, mencukur rambut dan memakai kain guni.


“Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab; Aku akan memberitahu engkau hal-hal yang indah dan mengagumkan, yang belum engkau ketahui.


TUHAN Raja berfirman, “Sekali lagi Aku akan membenarkan umat Israel meminta pertolongan-Ku, dan Aku akan menambah bilangan mereka seperti sekawanan domba.


Demikianlah Raja Darius menandatangani perintah itu.


Pada tahun pertama pemerintahannya, aku mengkaji kitab-kitab suci. Aku merenungkan hal kota Yerusalem yang akan menjadi reruntuhan selama tujuh puluh tahun, seperti yang difirmankan TUHAN kepada Nabi Yeremia.


Aku terus berdoa, dan mengaku dosaku serta dosa bangsaku Israel. Aku juga memohon kepada TUHAN, Allahku untuk memulihkan Rumah-Nya yang suci.


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosa bangsaku di hadapan-Nya. Aku berkata, “Ya Tuhan Allah, Engkau besar, dan kami menghormati Engkau. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan Engkau sentiasa mengasihi orang yang mengasihi Engkau dan yang mentaati perintah-Mu.


Hai imam-imam yang bertugas di mazbah, pakailah kain guni dan menangislah. Masuklah ke dalam Rumah TUHAN dan merataplah semalam suntuk. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan kepada Allah kamu.


TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku dengan berpuasa, menangis, dan meratap.


Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakai kain guni untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka.


Tetapi roh jahat semacam ini, hanya dapat diusir dengan doa dan puasa.]”


dan sekarang umurnya lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan. Siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa.


Kornelius menjawab, “Tiga hari yang lalu, kira-kira pada pukul tiga petang saya sedang berdoa di rumah. Tiba-tiba seorang lelaki yang pakaiannya bersinar-sinar berdiri di hadapan saya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan