Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




DANIEL 4:32 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

32 Kamu akan diusir daripada masyarakat, lalu tinggal di tengah-tengah binatang buas. Kamu akan makan rumput seperti lembu selama tujuh tahun. Barulah kamu akan mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

32 Kamu akan diusir daripada masyarakat, lalu tinggal di tengah-tengah binatang buas. Kamu akan makan rumput seperti lembu selama tujuh tahun. Barulah kamu akan mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




DANIEL 4:32
22 Iomraidhean Croise  

Allah mengabulkan doa Raja Manasye dan membenarkan baginda kembali ke Yerusalem serta memerintah lagi. Perbuatan Allah itu meyakinkan Raja Manasye bahawa TUHAN itu Allah.


“Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu; Engkau dapat melakukan apa sahaja.


Dia mengambil apa yang dikehendaki-Nya, dan tiada sesiapa pun dapat menahan Dia; tiada sesiapa berani bertanya kepada-Nya, “Engkau sedang buat apa?”


Allah kami ada di syurga; Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.


Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, di langit mahupun di bumi, di laut mahupun di samudera.


Raja menjawab, “Berdoalah untuk beta esok.” Musa berkata, “Hamba akan berdoa sebagaimana tuanku minta, maka tuanku akan tahu bahawa tidak ada yang seperti TUHAN, Allah hamba semua.


Kali ini Aku akan menghukum bukan hanya para pegawai dan rakyatmu, tetapi engkau juga, agar engkau tahu bahawa tiada sesiapa pun yang seperti Aku di seluruh dunia.


Musa berkata kepada raja, “Sebaik saja hamba keluar dari kota, hamba akan berdoa kepada TUHAN sambil mengangkat tangan. Guruh akan berhenti dan hujan batu akan reda, supaya tuanku tahu bahawa bumi ini milik TUHAN.


Oleh itu, selamatkanlah kami daripada orang Asyur, ya TUHAN Allah kami, supaya semua bangsa di dunia tahu bahawa Engkau satu-satunya TUHAN.”


Bagi TUHAN, bangsa-bangsa seperti setitis air dalam timba, seperti sebutir debu pada neraca; pulau-pulau sama ringan dengan debu halus.


Bangsa-bangsa tidak bererti bagi-Nya, seolah-olah tidak wujud di hadapan-Nya.


Aku akan memberi engkau kekayaan dari tempat-tempat yang gelap dan tersembunyi; barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN, dan bahawa Allah Israel telah memanggil engkau dengan namamu.


“Dengan kuasa-Ku yang besar dan dengan kekuatan-Ku, Aku telah menciptakan dunia, manusia, dan semua binatang di bumi; Aku dapat memberikan semua itu kepada sesiapa sahaja yang Aku kehendaki.


Dialah yang menguasai musim dan masa; Dia melantik dan memecat raja; Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.


Tetapi sebelum raja habis bertitah, terdengar suara berucap dari langit, “Raja Nebukadnezar, dengarlah kata-kata ini! Sekarang kekuasaanmu sebagai raja diambil daripadamu.


Baginda diusir jauh daripada masyarakat, dan akalnya menjadi seperti akal binatang. Baginda tinggal bersama-sama keldai, makan rumput seperti lembu, dan tidur di lapangan terbuka sehingga tubuhnya dibasahi embun. Akhirnya baginda mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas semua kerajaan manusia, dan Dia memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.


Dengan kejadian itu, semua orang di bumi akan tahu betapa besarnya kuasa TUHAN. Oleh itu kamu akan menghormati TUHAN, Allah kamu selama-lamanya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan