Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




DANIEL 4:30 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

30 raja bertitah, “Lihatlah, betapa megahnya kota Babel! Beta telah membinanya sebagai ibu kota beta untuk membuktikan kuasa dan kebesaran beta, kemuliaan serta keagungan beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

30 raja bertitah, “Lihatlah, betapa megahnya kota Babel! Beta telah membinanya sebagai ibu kota beta untuk membuktikan kuasa dan kebesaran beta, kemuliaan serta keagungan beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




DANIEL 4:30
33 Iomraidhean Croise  

Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia.


Selama enam bulan raja mempamerkan kekayaan istananya, dan kemegahan serta keagungan kerajaan baginda.


Pujilah TUHAN, hai jiwaku! Ya TUHAN, Allahku, betapa agungnya Engkau! Engkau diliputi keagungan dan kemuliaan,


mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga, ke tempat yang gelap selama-lamanya.


Mereka mentertawakan orang lain dan mengatakan yang jahat, mereka sombong dan merancang untuk menindas orang.


Orang yang sombong akan dipermalukan. Bersikap rendah hati adalah lebih bijaksana.


Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan.


Kesombongan akan menyebabkan keruntuhan, tetapi seseorang yang rendah hati akan dihormati.


Antara semua kerajaan, Babilonia adalah yang paling indah dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Tetapi Aku, TUHAN, akan memusnahkan kota Babel sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora!


Beritahulah dia bahawa inilah firman TUHAN Raja kepada raja Mesir, ‘Aku musuhmu, hai buaya raksasa yang berbaring di sungai! Engkau berkata bahawa Sungai Nil itu milikmu, dan engkau yang menciptanya.


Tetapi sebelum raja habis bertitah, terdengar suara berucap dari langit, “Raja Nebukadnezar, dengarlah kata-kata ini! Sekarang kekuasaanmu sebagai raja diambil daripadamu.


Kemudian mereka bergegas pergi seperti tiupan angin. Mereka bersalah kerana mendewakan kekuatan sendiri.”


Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetapi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”


Lalu tuan rumah yang telah menjemput kamu berdua datang kepadamu dan berkata, ‘Maaf, tempat ini telah disediakan untuk dia.’ Tidakkah kamu akan berasa malu, lalu terpaksa duduk di tempat yang paling belakang?


Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.


Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”


Setelah malaikat pertama pergi, datanglah malaikat kedua yang berkata, “Kota Babel sudah jatuh! Kota besar itu sudah jatuh! Perbuatan cabul kota Babel merosakkan semua bangsa, seperti wain yang memabukkan mereka.”


Kota besar itu terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota semua negeri di bumi juga musnah. Allah tidak lupa akan Babel yang besar itu. Dia memaksa Babel minum dari mangkuk-Nya yang berisi wain kemurkaan Allah yang menyala-nyala.


Pada dahinya tertulis suatu nama yang mempunyai makna rahsia. Nama itu “Babel yang besar, ibu kepada semua pelacur dan orang yang melakukan perbuatan cabul di dunia ini.”


Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!”


Kemudian satu malaikat perkasa mengangkat sebuah batu sebesar batu kisaran yang besar, lalu membuangnya ke dalam laut seraya berkata, “Demikianlah kota Babel yang agung itu akan dihempaskan dengan kuat, dan tidak akan dijumpai lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan