Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




DANIEL 4:22 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

22 Ya tuanku, tuankulah pokok yang tinggi dan kuat itu. Kebesaran tuanku bertambah sehingga memuncak ke langit, dan kekuasaan tuanku meluas ke seluruh bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

22 Ya tuanku, tuankulah pokok yang tinggi dan kuat itu. Kebesaran tuanku bertambah sehingga memuncak ke langit, dan kekuasaan tuanku meluas ke seluruh bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




DANIEL 4:22
18 Iomraidhean Croise  

Mereka berkata, “Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi.”


Kemudian dia bermimpi bahawa dia nampak sebuah tangga di bumi yang hujungnya sampai ke langit, dan malaikat-malaikat turun naik tangga itu.


Natan berkata kepada Raja Daud, “Tuanku adalah orang itu! Inilah yang difirmankan TUHAN, Allah umat Israel, ‘Aku sudah melantik engkau menjadi raja Israel dan menyelamatkan engkau daripada Saul.


Seorang nabi TUHAN yang bernama Oded tinggal di kota Samaria. Dia bertemu dengan tentera Israel yang kembali membawa orang tawanan dari Yehuda. Ketika tentera itu masuk ke kota, Oded berkata kepada mereka, “TUHAN, Allah nenek moyang kamu, murka terhadap penduduk Yehuda. Oleh itu Dia membiarkan kamu mengalahkan mereka. Tetapi Dia telah mendengar betapa kejamnya kamu membunuh mereka.


Ya TUHAN, aku akan bersyukur kepada-Mu antara bangsa-bangsa. Aku akan memuji Engkau antara umat manusia.


Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil; tiada perbuatan mereka yang baik, dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.


“Dengan kuasa-Ku yang besar dan dengan kekuatan-Ku, Aku telah menciptakan dunia, manusia, dan semua binatang di bumi; Aku dapat memberikan semua itu kepada sesiapa sahaja yang Aku kehendaki.


supaya mereka tahu apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka: Ada seekor burung helang raksasa yang berbulu cantik dan bersayap lebar yang terkembang. Helang itu terbang ke Pergunungan Lebanon, lalu mematahkan pucuk sebatang pokok sedar,


Dialah yang menguasai musim dan masa; Dia melantik dan memecat raja; Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.


Pokok itu bertambah besar dan kuat sehingga puncaknya sampai ke langit dan dapat dilihat oleh setiap orang di dunia.


Daunnya segar dan buahnya lebat sehingga cukup bagi makanan orang di seluruh dunia. Binatang buas berteduh di bawahnya dan burung membuat sarang di dahannya.


Dua belas bulan kemudian, semasa raja berjalan di bumbung istananya di Babel,


Apabila beta menjadi waras semula, kebesaran dan keagungan beta, serta kemasyhuran kerajaan beta dikembalikan kepada beta. Para pegawai dan pembesar beta menyambut beta, dan kekuasaan beta sebagai raja dikembalikan kepada beta, dan keagungan beta menjadi lebih besar daripada dahulu.


Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!”


kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan