Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




DANIEL 4:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Sedang beta memikirkan penglihatan itu, beta nampak satu malaikat turun dari syurga. Malaikat itu siap sedia dan berwaspada.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Sedang beta memikirkan penglihatan itu, beta nampak satu malaikat turun dari syurga. Malaikat itu siap sedia dan berwaspada.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




DANIEL 4:13
18 Iomraidhean Croise  

Dia menjadikan pemimpin mereka kebingungan, sehingga mereka mengembara tanpa tujuan.


Pujilah TUHAN, hai malaikat-malaikat yang kuat dan perkasa, yang mendengar dan melakukan perintah-Nya!


Tiada sesiapa di langit yang seperti Engkau, ya TUHAN; tiada makhluk syurga yang setanding dengan Engkau.


Ketika beta beradu, beta nampak sebatang pokok yang besar di tengah-tengah bumi.


Itulah keputusan malaikat-malaikat yang bijak dan berwaspada. Oleh itu, hendaklah orang di mana-mana mengetahui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, malah kepada orang yang tidak penting sekalipun.’


Ketika tuanku sedang memandang, satu malaikat turun dari syurga dan berkata, ‘Tebanglah pokok itu dan musnahkannya, tetapi biarkan tunggulnya di tanah. Ikatlah tunggul itu dengan rantai besi dan gangsa, lalu tinggalkan tunggul itu bersama-sama rumput di padang. Biarlah orang itu kena embun, dan biarlah dia tinggal di situ bersama-sama binatang selama tujuh tahun.’


Tetapi pada suatu hari ketika beta beradu, beta bermimpi dan mendapat penglihatan yang mengerikan.


Pada suatu malam, pada tahun pertama masa pemerintahan Raja Belsyazar sebagai raja Babilonia, aku bermimpi dan mendapat satu penglihatan. Aku mencatat mimpi itu dan inilah


Orang itu berkata, “Empat binatang yang besar itu ialah empat buah kerajaan yang akan muncul di bumi.


Inilah tafsiran yang diberikan kepadaku: “Binatang keempat itu ialah kerajaan keempat yang akan muncul di bumi dan berbeza dengan kerajaan yang lain. Kerajaan itu akan menghancurkan seluruh bumi serta menginjak-injaknya.


Kemudian aku mendengar satu malaikat bertanya kepada malaikat yang lain, “Berapa lamakah perkara yang dilihat dalam penglihatan itu akan berlangsung? Berapa lamakah dosa yang keji akan menggantikan korban harian? Berapa lamakah bala tentera syurga dan Rumah TUHAN akan diinjak-injak?”


Kamu akan melarikan diri melalui lembah yang membelah bukit itu. Kamu akan lari seperti nenek moyang kamu dahulu ketika terjadi gempa bumi pada masa pemerintahan Uzia, raja Yehuda. TUHAN, Allahku akan datang bersama dengan semua malaikat-Nya.


“Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat Allah, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia.


“Engkau mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan yang suci daripada Allah!”


“Engkau mahu berbuat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan suci daripada Allah!”


TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala.


Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, “Lihatlah! Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat-Nya yang suci.


akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya! Semua orang itu akan diseksa di dalam api dan belerang di hadapan malaikat-malaikat suci dan Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan