Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem, hai kamu yang mengasihi kota itu. Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem sekarang, kamu semua yang menangisinya dahulu.
Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air, dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir, supaya aku dapat menangis siang dan malam, meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.
Katanya lagi, “Hai Daniel, janganlah takut. Allah telah mendengar doamu sejak hari pertama engkau bertekad merendahkan diri untuk mendapatkan pengertian. Aku datang sebagai jawapan doamu.
Yesus menjawab, “Adakah kamu berharap tetamu di jamuan perkahwinan berdukacita selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.
Jika sesiapa cuba mencederakan mereka, api keluar dari mulut mereka dan membinasakan musuh. Dengan demikian sesiapa sahaja yang cuba mencederakan mereka akan terbunuh.