Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




AYUB 8:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Allah tidak pernah memutarbalikkan keadilan; Dia tidak pernah gagal melakukan hal yang benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Allah tidak pernah memutarbalikkan keadilan; Dia tidak pernah gagal melakukan hal yang benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




AYUB 8:3
29 Iomraidhean Croise  

Tentu Engkau tidak mahu membunuh orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah. Tentu tidak! Engkau tidak mungkin berbuat demikian. Jika Engkau berbuat demikian, orang yang tidak bersalah akan dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Itu tidak mungkin. Hakim bagi seluruh bumi tentu bertindak dengan adil.”


Takutlah akan TUHAN, dan bertindaklah dengan hati-hati, kerana TUHAN, Allah kita membenci orang yang curang, atau yang berat sebelah, ataupun yang menerima rasuah.”


Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?


Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku. Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.


Aku berseru, ‘Kejam!’ tetapi tidak ada yang mendengarkan; aku berseru minta tolong, tetapi tidak ada keadilan.


Mereka berfikir bahawa tidak berguna mengabdi kepada Allah dan tidak bermanfaat berdoa kepada-Nya.


Biarlah orang yang bersalah menanggung hukuman mereka; biarlah mereka merasai kemurkaan Yang Maha Kuasa.


Ayub berkata, ‘Aku tidak bersalah, tetapi Allah tidak memberikan keadilan kepadaku.


Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga; Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.


Tiada sesiapa yang boleh memberitahu Allah apa yang harus dilakukan, ataupun menuduh Dia melakukan kejahatan.


Pengetahuanku luas; aku akan menggunakannya untuk menunjukkan bahawa Penciptaku adil.


Sunggguh besar kuasa Allah sehingga kita tidak dapat mendekati-Nya; Dia jujur dan adil terhadap manusia.


‘Mungkinkah manusia tidak bercela di hadapan Allah? Mungkinkah manusia suci di hadapan Pencipta mereka?


Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil, dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?


“Ya, aku telah mendengar semuanya dahulu. Tetapi bagaimanakah manusia boleh menang dalam perkaranya terhadap Allah?


Betapa besarnya kuasa-Mu, dan betapa hebatnya kekuatan-Mu!


Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.


Tetapi kamu berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Dengarlah, hai orang Israel. Adakah kamu menyangka bahawa Aku tidak adil? Kamulah yang tidak adil.


Namun bangsamu mengatakan bahawa perbuatan-Ku tidak adil! Perbuatan merekalah yang tidak adil!


Meskipun begitu Israel masih mengatakan bahawa perbuatan-Ku tidak adil. Oleh itu Aku akan menghakimi mereka menurut perbuatan mereka.”


Engkau bersedia menghukum kami, ya TUHAN, Allah kami, dan Engkau sudah pun menghukum kami. Apa yang Engkau lakukan memang adil kerana kami tidak mendengarkan Engkau.


Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil.


TUHAN pembela kamu yang perkasa, Dia sempurna dan adil dalam segala perkara; Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya, Dia melakukan yang baik dan yang benar.


Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!


Kemudian aku mendengar suara dari mazbah berkata, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa! Hukuman-Mu itu benar dan adil!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan