Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




AYUB 7:9 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

9-10 Seperti awan mendung yang meredup dan hilang, manusia mati dan tidak kembali lagi; semua orang yang mengenal mereka tidak lagi mengingati mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

9-10 Seperti awan mendung yang meredup dan hilang, manusia mati dan tidak kembali lagi; semua orang yang mengenal mereka tidak lagi mengingati mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




AYUB 7:9
14 Iomraidhean Croise  

Tetapi sekarang, setelah dia mangkat, apakah gunanya beta terus berpuasa? Dapatkah beta menghidupkan dia semula? Nanti beta akan pergi juga ke tempat dia berada, tetapi sekarang dia tidak akan kembali kepada beta.”


Kita semua akan mati; kita ini umpama air yang tumpah ke tanah dan tidak dapat dikumpulkan lagi. Allah pun tidak akan menghidupkan semula orang yang sudah mati, tetapi sekurang-kurangnya tuanku dapat mengusahakan supaya orang buangan itu boleh pulang lagi.


Tidak lama lagi aku akan pergi dan tidak akan kembali, pergi ke tempat yang gelap dan kelam;


Keagungan Allah lebih tinggi daripada angkasa, dan engkau tidak dapat mencapainya. Keagungan-Nya lebih dalam daripada dunia orang mati, dan engkau tidak dapat memahaminya.


Tahun-tahunku tidak banyak lagi, aku akan pergi dan tidak kembali lagi.


Hanya dunia maut yang aku harapkan, di sanalah aku akan tidur dalam kegelapan.


Aku tidak mempunyai harapan lagi apabila aku pergi ke dunia orang mati.”


Jika pada waktu itu aku meninggal dunia, tentu pada saat ini aku dapat berehat,


Ketakutan meliputi aku; kehormatanku hilang seperti hembusan angin dan harapanku untuk menang, hilang seperti awan.


Mega dimuati-Nya dengan air, dan awan bercahaya kerana diterangi petir.


Dengarlah doaku, ya TUHAN, dan sambutlah rayuanku; janganlah diam ketika aku menangis. Aku menjadi tetamu-Mu hanya untuk sementara, seperti nenek moyangku.


Kini mereka sudah mati dan tidak akan hidup lagi; arwah mereka pun tidak akan bangkit kembali, kerana Engkau telah menghukum dan membinasakan mereka. Mereka tidak diingat lagi oleh sesiapa.


Kufikir, di dunia orang hidup aku tidak akan memandang TUHAN lagi, atau sesiapa orang yang masih hidup.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan