Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




AYUB 3:5 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

5 Jadikanlah hari itu muram, dan penuh kegelapan; liputilah hari itu dengan awan, dan tudungilah cahaya sang suria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

5 Jadikanlah hari itu muram, dan penuh kegelapan; liputilah hari itu dengan awan, dan tudungilah cahaya sang suria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




AYUB 3:5
25 Iomraidhean Croise  

Aku menangis sehingga mukaku merah, dan kelopak mataku bengkak dan hitam.


Bagi mereka, pagi hari menakutkan, tetapi kegelapan yang dahsyat, menyenangkan.”


Gelap gelita ditembusi, tempat yang paling dalam diselidiki. Di situ, di dalam kegelapan, orang mencari batu-batan.


Ya Allah, jadikanlah hari itu gelap, hapuskanlah hari itu dari ingatan-Mu; janganlah Engkau biarkan pula cahaya cerah menyinarinya.


Biarlah malam itu dihapuskan daripada hitungan tahun dan bulan.


Tiada kegelapan yang cukup gelapnya untuk menyembunyikan orang berdosa.


Pernahkah sesiapa menunjukkan pintu gerbang maut kepada kamu, pintu yang menutup alam maut yang gelap gelita itu?


Ada orang yang meringkuk di dalam kegelapan, orang tahanan yang dibelenggu dan menderita,


Dia membawa mereka keluar dari kegelapan, dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.


Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.


Kami tidak pernah melawan Engkau; kami tidak pernah melanggar perintah-Mu.


Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar, Engkau membahagiakan mereka. Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu, seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, atau membahagi-bahagikan barang jarahan.


Hormatilah TUHAN, Allah kamu sebelum Dia mendatangkan kegelapan, dan kaki kamu tersandung di pergunungan; sebelum terang yang kamu harapkan diubah menjadi kekelaman.


Mereka tidak mempedulikan Aku, walaupun Aku menyelamatkan mereka dari Mesir dan memimpin mereka melintasi gurun: tanah tandus dan bukit pasir, tanah kering dan berbahaya, tanah yang tidak didiami dan tidak dilalui orang.


Bumi akan meratap; langit akan menjadi gelap. TUHAN telah berfirman dan tidak akan mengubah rancangan. Dia telah mengambil keputusan dan tidak akan mengubah pendirian.


Hari itu sudah hampir, apabila TUHAN akan bertindak. Hari itu gelap dan susah bagi bangsa-bangsa.


seperti seorang gembala mencari dan mengumpulkan domba-dombanya yang tercerai-cerai. Aku akan mengumpulkan mereka dari tempat mereka tercerai-cerai pada malam yang gelap dan nahas itu.


Hari itu gelap dan mendung, hari kelam dan berawan. Bala tentera belalang itu mara seperti kegelapan yang meliputi pergunungan. Belum pernah berlaku perkara seperti ini, dan perkara ini tidak akan berulang lagi.


TUHAN mencipta bintang-bintang di angkasa - bintang Orion dan bintang Kartika. Dia mengubah kegelapan menjadi cahaya, dan mengubah siang menjadi malam. Dia memanggil air dari lautan dan mencurahkan air itu ke daratan. TUHAN itulah nama-Nya.


Perayaan kamu akan Kujadikan perkabungan, dan nyanyian gembira kamu Kujadikan ratapan. Aku akan menyebabkan kamu mencukur rambut sebagai tanda sedih, dan memakai kain guni. Kamu akan menjadi seperti ibu bapa yang meratapi kematian anak lelaki tunggal. Hari itu akan berakhir dengan penuh kesedihan.


Bangsa yang hidup dalam kegelapan akan nampak cahaya yang gemilang! Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut, cahaya itu akan bersinar!”


Beritahulah anak-anak kamu bagaimana kamu datang dan berdiri di kaki gunung yang diliputi oleh awan tebal daripada asap hitam, dan oleh api yang menyala sampai ke langit.


Kamu tidak datang untuk menghadapi sesuatu seperti yang dihadapi oleh umat Israel. Mereka datang kepada sesuatu yang dapat disentuh iaitu Gunung Sinai dengan apinya yang bernyala-nyala; mereka datang kepada kegelapan, kekelaman, angin ribut,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan