Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




AYUB 3:11 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

11 Mengapakah aku tidak mati di dalam rahim ibu? Mengapakah aku tidak meninggal pada saat kelahiranku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

11 Mengapakah aku tidak mati di dalam rahim ibu? Mengapakah aku tidak meninggal pada saat kelahiranku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




AYUB 3:11
15 Iomraidhean Croise  

Kutuklah malam itu kerana membiarkan aku dilahirkan, dan menyerahkan aku kepada kesusahan dan kesedihan.


Mengapakah aku dipeluk ibu dan dipangkunya? Mengapakah aku disusui pada buah dadanya?


Biarlah mereka hilang seperti air yang mengewap, dan layu seperti rumput yang dipijak-pijak.


Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku; sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku. Aku akan sentiasa memuji Engkau.


Alangkah bahagianya orang yang sudah mati; keadaan mereka lebih baik daripada orang yang masih hidup.


Yang lebih bahagia lagi ialah orang yang belum dilahirkan, yang belum nampak ketidakadilan yang berlaku di dunia ini.


Seorang mungkin mempunyai seratus orang anak, dan umurnya mungkin panjang. Walaupun umurnya panjang, tetapi jika dia tidak bahagia, dan tidak diberikan penguburan yang sepatutnya, keadaannya lebih malang daripada seorang bayi yang meninggal ketika dilahirkan.


Bayi itu tidak melihat cahaya matahari atau merasai kehidupan. Tetapi setidak-tidaknya dia telah mendapat rehat.


Dengarlah Aku, hai keturunan Yakub, semua umat-Ku yang terselamat. Aku telah memelihara kamu sejak kamu dilahirkan.


Alangkah malangnya aku! Mengapakah ibuku melahirkan aku? Aku terpaksa bertengkar dan berbantah dengan setiap orang di negeri ini. Walaupun aku tidak pernah meminjamkan atau meminjam wang, namun aku dikutuk oleh semua orang.


kerana dia tidak membunuh aku ketika aku masih dalam kandungan, supaya aku tetap dikandung ibuku dan rahim ibu menjadi kuburku.


Apakah yang harus aku minta daripada-Mu untuk umat ini? Jadikanlah wanita mereka mandul! Biarlah mereka tidak dapat menyusui bayi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan