Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




AYUB 10:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




AYUB 10:3
27 Iomraidhean Croise  

Tangan-Mu telah mencipta dan membentuk aku, dan kini tangan itu juga yang membinasakan aku.


Lalu Engkau akan memanggil aku, dan aku akan memberikan jawapan, dan Engkau akan mengasihi aku, makhluk yang Engkau jadikan.


sehingga engkau marah kepada Allah dan mengecam Dia?


Allah telah menyerahkan aku kepada orang derhaka; aku dijatuhkan-Nya ke dalam tangan orang durjana.


Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku. Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.


Mereka berkata bahawa mereka berjaya kerana usaha mereka; tetapi pendapat mereka itu tidak dapat aku terima.


Padahal Allah yang telah menjadikan mereka kaya. Aku tidak faham akan fikiran orang durjana.


“Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup, yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,


Engkau bersikap kejam terhadapku; Engkau menganiaya aku dengan segenap kekuatan-Mu.


Allah yang menciptakan aku, juga menciptakan hamba-hambaku.


Roh Allah telah menciptakan aku, dan nafas Yang Maha Kuasa memberikan hidup kepadaku.


Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil, dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?


Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan orang yang setia, Dia tidak pernah menolong orang yang durjana.


Allah telah memberikan dunia ini kepada orang durjana, dan menjadikan semua hakim buta. Allah yang melakukan semua ini. Kalau bukan Dia, siapa lagi?


Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.


Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.


Apabila orang yang ditindas melihat hal ini, mereka akan bergembira; orang yang menyembah Allah akan bersemangat.


Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami.


Oleh itu, orang yang menanggung penderitaan kerana hal itu kehendak Allah, harus berbuat baik dan berserah kepada Pencipta mereka, yang sentiasa menepati janji-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan