Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 SAMUEL 17:9 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

9 Mungkin pada saat ini pun baginda sedang bersembunyi di dalam sebuah gua atau di tempat lain. Sebaik saja anak buah tuanku diserang oleh Raja Daud, dan ada yang mati, maka sesiapa saja yang mendengar hal itu akan berkata bahawa anak buah tuanku sudah dikalahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

9 Mungkin pada saat ini pun baginda sedang bersembunyi di dalam sebuah gua atau di tempat lain. Sebaik saja anak buah tuanku diserang oleh Raja Daud, dan ada yang mati, maka sesiapa saja yang mendengar hal itu akan berkata bahawa anak buah tuanku sudah dikalahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 SAMUEL 17:9
10 Iomraidhean Croise  

Akibatnya, orang yang paling berani dan gagah perkasa seperti singa pun tentu akan menjadi takut. Semua orang di Israel tahu bahawa ayahanda tuanku itu seorang pahlawan, dan bahawa anak buahnya itu pejuang-pejuang yang gagah berani.


Tuanku tentu tahu bahawa Raja Daud dan anak buahnya itu pejuang yang gagah berani. Mereka seganas beruang betina yang kehilangan anaknya. Lagipun Raja Daud seorang askar berpengalaman, yang tidak pernah bermalam bersama-sama anak buahnya.


Perigi tempat Ismael membuang mayat-mayat orang yang telah dibunuhnya itu perigi besar; perigi itulah yang telah digali oleh Raja Asa ketika baginda diserang oleh Raja Baesa dari Israel. Ismael memenuhi perigi itu dengan mayat.


Orang Ai mengejar mereka dari pintu gerbang kota itu hingga ke kawasan kuari, lalu membunuh kira-kira tiga puluh enam orang Israel di lereng bukit. Oleh itu orang Israel hilang semangat dan menjadi takut.


Mereka akan mengejar kami sehingga jauh dari kota. Mereka akan menyangka bahawa kami melarikan diri daripada mereka seperti yang kita lakukan dahulu.


Kemudian Daud meninggalkan kota Gat dan bersembunyi di gua dekat kota Adulam. Apabila abang-abangnya dan semua anggota keluarganya mendengar bahawa dia berada di situ, mereka datang kepadanya.


Pergilah dan pastikanlah sekali lagi. Siasatlah dengan sungguh-sungguh tempat Daud berada dan siapa yang sudah nampak dia di sana. Beta mendengar bahawa dia sangat licik.


Raja Saul memilih tiga ribu orang askar yang terbaik daripada seluruh Israel, lalu berangkat mencari Daud dan anak buahnya di sebelah timur Bukit Batu Kambing Hutan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan