Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 SAMUEL 9:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Pada suatu hari, beberapa ekor keldai kepunyaan Kish hilang. Oleh itu dia berkata kepada Saul, “Bawalah salah seorang hamba bersama-samamu dan pergilah cari keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Pada suatu hari, beberapa ekor keldai kepunyaan Kish hilang. Oleh itu dia berkata kepada Saul, “Bawalah salah seorang hamba bersama-samamu dan pergilah cari keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 SAMUEL 9:3
7 Iomraidhean Croise  

Tola mempunyai tiga puluh orang anak lelaki yang menunggang tiga puluh ekor keldai. Anak-anaknya itu mempunyai tiga puluh buah pekan di wilayah Gilead. Pekan-pekan itu masih disebut pekan-pekan Yair hingga sekarang.


Isytiharkanlah hal itu, hai kamu yang menunggang keldai putih, kamu yang duduk di atas pelana, dan kamu yang berjalan kaki.


Bapa saudara Saul nampak Saul dan hambanya, lalu bertanya kepada mereka, “Dari manakah kamu?” “Kami pergi mencari keldai yang hilang,” jawab Saul. “Tetapi apabila kami tidak dapat mencarinya, kami pergi berjumpa dengan Samuel.”


Selepas kamu meninggalkan saya hari ini, kamu akan berjumpa dengan dua orang lelaki dekat kubur Rahel di Zelzah, di wilayah Benyamin. Mereka akan berkata kepadamu begini, ‘Keldai-keldai yang kamu cari itu sudah dijumpai. Sekarang bapamu tidak lagi khuatir tentang keldai-keldai itu, tetapi terus-menerus bertanya apa yang harus dilakukannya untuk menjumpai kamu.”


Kish mempunyai seorang anak lelaki bernama Saul, seorang pemuda yang kacak dan tegap. Saul lebih kacak daripada semua orang di Israel dan juga lebih tinggi; pada umumnya orang Israel lain hanya sampai bahu Saul.


Jangan khuatir tentang keldai yang hilang tiga hari dahulu. Keldai-keldai itu sudah dijumpai. Lagipun, yang paling diingini oleh umat Israel ialah kamu; kamu dan keluarga bapamu.”


Kemudian Saul dan hambanya menjelajahi kawasan perbukitan Efraim dan kawasan Salisa, tetapi mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke daerah Sahalim, tetapi keldai-keldai itu tidak ada di sana. Mereka mencari pula di wilayah Benyamin, tetapi keldai-keldai itu masih tidak dijumpai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan