Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 SAMUEL 27:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 SAMUEL 27:1
29 Iomraidhean Croise  

TUHAN berfirman, “Akulah yang menghibur kamu. Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana? Manusia seperti rumput yang cepat layu.


Yonatan berkata kepadanya, “Jangan takut, engkau tidak akan jatuh ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu.”


Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.


Walaupun dalam kecemasan aku berkata, “Tiada seorang pun yang boleh dipercayai.”


Lima orang raja Filistin maju berbaris dengan pasukan-pasukan yang terdiri daripada seratus orang dan seribu orang. Daud dan anak buahnya berbaris di belakang bersama dengan Raja Akhis.


TUHAN akan melakukan segala kebaikan yang dijanjikan-Nya kepada tuan, dan tidak lama lagi tuan akan dijadikan-Nya raja Israel.


Kemudian pada suatu hari seorang nabi yang bernama Gad datang kepada Daud dan berkata, “Jangan tinggal di gua ini. Pergilah dengan segera ke tanah Yehuda.” Lalu Daud meninggalkan tempat itu dan pergi ke hutan Keret.


Samuel mengambil minyak zaitun, lalu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Kemudian Samuel pulang ke Rama.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau bersedih hati kerana Saul? Aku sudah menolak dia sebagai raja Israel. Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai, kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja.”


Sebelum kita berangkat, kami telah berkata bahawa perkara ini akan berlaku. Kami telah memberitahu kamu supaya tidak mengganggu kami, dan membiarkan kami terus menjadi abdi orang Mesir. Lebih baik kami menjadi abdi di sana daripada mati di padang gurun ini.”


Apabila kami tiba di Makedonia, kami tidak sempat melepaskan lelah. Di mana-mana sahaja kami menemui kesukaran: pertengkaran dengan orang lain, dan kecemasan dalam hati.


Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?”


Dengan segera Yesus menghulurkan tangan lalu memegang dia. Yesus berkata, “Mengapa engkau kurang percaya kepada-Ku? Mengapa engkau meragui Aku?”


Mengapakah TUHAN hendak membawa kami ke tanah itu? Kami akan mati dalam peperangan, dan anak isteri kami akan ditawan. Tidakkah lebih baik kami balik ke Mesir?”


Tuanku, dengarlah kata-kata hamba. Sekiranya TUHAN yang menyuruh tuanku supaya melawan hamba, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan-Nya terhadap hamba. Tetapi sekiranya yang menyuruh tuanku itu manusia, semoga mereka dikutuk oleh TUHAN! Akibat perbuatan mereka itu, hamba sudah diusir dari tanah milik TUHAN dan terpaksa pergi ke negeri lain. Di sana hamba harus beribadat kepada dewa-dewa asing.


Apabila para panglima orang Filistin nampak Daud dan anak buahnya, mereka bertanya, “Mengapa semua orang Ibrani ini berada di sini?” Raja Akhis menjawab, “Ini Daud, bekas pegawai Raja Saul dari Israel. Dia sudah agak lama tinggal bersama dengan beta. Sejak dia datang kepada beta sampai hari ini, belum pernah beta mendapati dia bersalah.”


Daud menjawab, “Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku diancam maut!”


Baginda berfikir, “Dalam keadaan sekarang ini, jika rakyat beta pergi ke Yerusalem untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN di Rumah TUHAN, kesetiaan mereka akan beralih kepada Raja Rehabeam di Yehuda, lalu mereka akan membunuh beta.”


Setelah lama berfikir, Raja Yerobeam membuat dua patung lembu jantan daripada emas lalu bertitah kepada rakyatnya, “Telah cukup lama kamu beribadat di Yerusalem. Sekarang, hai Israel, inilah tuhan-tuhan kamu yang telah membawa kamu keluar dari Mesir!”


Elia ketakutan, lalu dia dan hambanya lari ke Bersyeba di Yehuda. Elia meninggalkan hambanya di situ,


Raja Amazia dari Yehuda dan penasihat-penasihatnya mengadakan persepakatan melawan Israel. Baginda menghantar seorang pesuruh kepada raja Israel, iaitu Raja Yehoas putera Raja Yehoahas, cucu Raja Yehu, untuk mencabar baginda berperang.


Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan