Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:1 - Alkitab Berita Baik

1 Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:1
22 Iomraidhean Croise  

Selama kira-kira tiga jam, kitab Taurat TUHAN, Allah mereka dibacakan kepada mereka, dan selama tiga jam berikutnya mereka mengakui dosa dan menyembah TUHAN, Allah mereka.


Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.


lalu mereka bersama-sama pergi ke Rumah TUHAN. Mereka disertai oleh para imam, nabi-nabi, dan segenap rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin. Di hadapan mereka semua, raja membacakan seluruh kandungan kitab perjanjian yang telah ditemui di dalam Rumah TUHAN.


Hal itu demikian, kerana sejak dahulu Taurat Musa telah dibacakan di rumah-rumah ibadat pada setiap hari Sabat, dan diberitakan di setiap kota.”


Setelah Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi dibacakan, para pemimpin rumah ibadat itu menyuruh orang berkata kepada Paulus dan rakannya, “Saudara-saudara, jika ada nasihat untuk menggalakkan orang di sini, silalah katakan.”


Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?”


TUHAN berfirman, “Penduduk Amon sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Ketika mereka berperang untuk meluaskan wilayah, mereka membelah perut wanita-wanita hamil di Gilead.


Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Moab, “Kasihanilah penduduk Nebo - kota mereka sudah musnah! Kota Kiryataim sudah direbut, kubunya yang kuat sudah roboh, dan rakyatnya dipermalukan;


Carilah di dalam kitab TUHAN dan bacalah. Tiada satu pun daripada semua makhluk itu akan hilang atau tanpa pasangan. TUHAN telah menetapkannya, dan Dia sendiri akan mengumpulkan semua makhluk itu.


Tobia yang berdiri di samping Sanbalat, juga berkata, “Tembok semacam apakah yang dapat dibina mereka? Anjing hutan pun dapat merobohkannya!”


Apabila Sanbalat, Tobia, dan seorang Arab yang bernama Gesyem mengetahui cadangan kami itu, mereka mentertawakan kami dan berkata, “Apa yang hendak kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”


Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah.


mengirim utusan untuk memanggil Bileam anak Beor, yang ketika itu tinggal di Petor dekat Sungai Efrat, di tanah Amau. Mereka disuruh menyampaikan pesan Balak ini kepada Bileam, “Satu bangsa sudah datang dari Mesir, dan sekarang umat itu berada di merata-rata tempat serta mengancam untuk merebut tanah kami.


Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan