LUKAS 7:12 - Alkitab Berita Baik Protestant Bible12 Ketika Dia tiba di pintu gerbang kota itu, penduduk kota sedang menghantar jenazah ke luar kota. Yang mati itu anak lelaki tunggal seorang balu. Banyak penduduk kota menyertai ibu itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible12 Ketika Dia tiba di pintu gerbang kota itu, penduduk kota sedang menghantar jenazah ke luar kota. Yang mati itu anak lelaki tunggal seorang balu. Banyak penduduk kota menyertai ibu itu. Faic an caibideil |
Sekarang, segenap kaum keluarga hamba memusuhi hamba, dan menuntut supaya hamba menyerahkan anak hamba yang membunuh itu kepada mereka. Mereka hendak menghukumnya dengan hukuman mati kerana dia sudah membunuh saudaranya. Jika hamba menyerahkan anak itu, hamba tidak akan mempunyai anak lagi. Mereka akan menghancurkan harapan hamba satu-satunya dan tidak meninggalkan seorang anak lelaki bagi suami hamba untuk meneruskan keturunannya.”
Balu itu menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, Allah yang tuan sembah, saya bersumpah bahawa saya tidak mempunyai roti. Saya hanya mempunyai segenggam tepung gandum di dalam mangkuk dan sedikit minyak zaitun di dalam botol. Saya sedang mengumpulkan sedikit kayu api untuk dibawa pulang supaya saya dapat memasak bahan yang tinggal itu untuk saya dan anak saya. Itulah makanan kami yang terakhir; setelah itu kami akan menunggu maut sahaja.”
Aku akan memberikan keturunan Daud dan penduduk Yerusalem hati yang suka mengasihani dan suka berdoa. Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kematian anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung.