Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 5:12 - Alkitab Berita Baik Protestant Bible

12 Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, “Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

12 Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, “Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 5:12
27 Iomraidhean Croise  

Adakah sesuatu yang terlalu sukar bagi TUHAN? Sebagaimana yang telah Aku firmankan, sembilan bulan lagi Aku akan kembali ke sini. Pada waktu itu Sara akan mempunyai seorang anak lelaki.”


Apabila umat nampak kejadian itu, mereka bersujud sambil berkata, “TUHAN ialah Allah; TUHAN satu-satunya Allah!”


Naaman ialah panglima tentera negeri Siria. Dia sangat dihormati dan dihargai oleh raja Siria, kerana melalui Naaman, TUHAN telah memberikan kemenangan kepada angkatan perang Siria. Naaman seorang panglima yang perkasa, tetapi dia menghidap penyakit kulit yang sangat mengerikan.


Oleh sebab engkau menerima pemberian itu, engkau dan keturunanmu akan mendapat penyakit Naaman selama-lamanya!” Apabila Gehazi meninggalkan tempat itu, dia menghidap penyakit kulit; kulitnya menjadi putih sekali.


Empat orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan sedang berada di luar pintu kota Samaria. Mereka berkata kepada satu sama lain, “Apa gunanya kita menunggu ajal di sini?


Raja Daud nampak malaikat itu berdiri di antara langit dan bumi, sambil memegang pedang yang terhunus, sedia untuk memusnahkan Yerusalem. Maka Raja Daud dan para pemimpin, yang berpakaian kain guni sebagai tanda menyesal, sujud ke tanah.


Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.”


Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka.


TUHAN berfirman lagi kepada Musa, “Masukkan tanganmu ke dalam jubahmu.” Musa berbuat begitu, dan ketika dia menarik tangannya keluar, tangannya putih sekali kerana kena penyakit kulit yang mengerikan.


Tetapi jika kudis itu sembuh dan menjadi putih semula, orang itu harus menghadap imam


Tiba-tiba TUHAN menurunkan api, dan api itu membakar semua korban untuk menyenangkan hati TUHAN, serta bahagian-bahagian berlemak yang ada di atas mazbah. Apabila umat Israel melihatnya, mereka bersorak-sorak lalu sujud menyembah TUHAN.


Yesus di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan.


Apabila Yesus masuk ke dalam rumah, kedua-dua orang buta itu menghampiri Dia. Yesus bertanya kepada mereka, “Percayakah kamu bahawa Aku boleh menyembuhkan kamu?” “Ya, Tuan!” jawab mereka.


Dia memohon dengan sungguh-sungguh, “Guru, anak perempuan saya sakit tenat. Tolonglah datang dan letakkanlah tangan guru padanya, supaya dia sembuh dan tidak mati!”


Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria.


Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. “Aku mahu,” kata-Nya, “sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.


Apabila kamu menghidap penyakit kulit yang mengerikan, lakukanlah dengan teliti apa yang diperintahkan imam suku Lewi kepada kamu. Turutilah petunjuk-petunjuk yang sudah aku berikan kepada mereka.


Oleh itu, baik sekarang ataupun selamanya, Dia dapat menyelamatkan orang yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk memohon kepada Allah bagi mereka.


Orang itu menjawab, “Aku bukan askar kamu dan bukan musuh. Aku panglima tentera TUHAN.” Yosua bersujud menyembah dan berkata, “Saya hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan