Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 12:1 - Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 12:1
18 Iomraidhean Croise  

Kebetulan pada waktu itu, ajutan raja ditugaskan menjaga pintu gerbang kota. Dia mati di situ kerana dipijak-pijak orang ramai. Demikianlah yang dinubuatkan Elisa ketika raja menemui dia.


kebahagiaan orang jahat tidak tahan lama; kegembiraan orang derhaka seketika sahaja.


Apakah harapan orang durjana apabila Allah menuntut nyawa mereka?


Orang yang tidak mengenal Allah, menyimpan kemarahan; walaupun dihukum, mereka tidak berdoa minta pertolongan.


Penduduk Sion yang berdosa gementar ketakutan. Mereka berkata, “Hukuman daripada Allah seperti api yang membakar selama-lamanya. Dapatkah sesiapa selamat daripada api seperti itu?”


Malanglah kamu! Kamu seperti kubur tidak bernisan, yang dipijak-pijak orang tanpa disedari.”


Hai orang munafik! Kamu dapat meramal cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit dan di bumi, tetapi mengapakah kamu tidak dapat memahami tanda zaman ini?”


Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah.


Tetapi berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka.


Apabila Yesus turun dari bukit bersama-sama rasul-rasul itu, Dia berdiri di tempat yang rata dengan sebilangan besar pengikut-Nya. Di situ juga ada orang ramai yang datang dari seluruh Yudea, Yerusalem, kota Tirus dan Sidon yang di tepi laut.


Setelah mendengar laporan Paulus, mereka semua memuji Allah. Kemudian mereka berkata kepada Paulus, “Saudara Paulus, dengarlah! Di sini ada beribu-ribu orang Yahudi yang sudah percaya kepada Yesus, dan mereka mentaati Taurat Musa dengan setia.


Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.


Sebaliknya, kamu telah datang ke Bukit Sion dan ke kota Allah yang hidup, iaitu Yerusalem yang di syurga dengan beribu-ribu malaikatnya.


Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.


Oleh itu, buanglah segala kejahatan daripada diri kamu. Janganlah berdusta lagi dan janganlah berpura-pura. Janganlah iri hati dan janganlah fitnah orang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan