Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 1:71 - Alkitab Berita Baik Protestant Bible

71 akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

71 akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 1:71
19 Iomraidhean Croise  

tetapi hendaklah kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, maka Aku akan menyelamatkan kamu daripada musuh.”


Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka, dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.


Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami, dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa, supaya kami dapat bersyukur, dan memuji nama-Mu yang suci.


Apabila dia menjadi raja, orang Yehuda akan selamat, dan orang Israel akan hidup dengan damai. Raja itu akan disebut ‘TUHAN Penyelamat Kita’.


Aku akan mengumpulkan bangsa ini dari semua negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka kerana kemurkaan dan kegeraman-Ku terhadap mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tempat ini dan membolehkan mereka tinggal di sini dengan selamat.


Mereka akan tinggal di sana dengan aman. Mereka akan membina rumah dan mengusahakan ladang anggur. Aku akan menghukum semua jiran mereka yang pernah menghina mereka, dan Israel akan hidup dengan aman. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka.”


Aku akan membuat perjanjian dengan mereka yang menjamin keselamatan mereka. Aku akan mengusir semua binatang buas dari negeri itu, supaya domba-domba-Ku dapat hidup dengan aman di padang dan tidur di hutan.


Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Aku tidak akan menjarah umat-Ku lagi, dan binatang buas pun tidak akan membunuh dan memakan mereka. Mereka akan hidup dengan aman, dan tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.


Selepas bertahun-tahun, Aku akan memerintah dia menyerang Israel, negeri yang sudah dibangun semula setelah musnah kerana perang. Negeri itu telah lama dibiarkan menjadi tandus dan lengang, kemudian orang Israel kembali dari negeri-negeri asing ke pergunungan negeri mereka. Sekarang mereka semua hidup dengan aman.


“Marilah kita memuji Tuhan, Allah bangsa Israel! Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya dan membebaskan mereka.


Hai Israel, kamu sungguh berbahagia! Tidak ada sesiapa pun seperti kamu, bangsa yang diselamatkan oleh TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjadi perisai dan pedang kamu, untuk membela kamu dan memberi kamu kemenangan. Musuh kamu akan datang mohon belas kasihan, dan kamu akan memijak-mijak mereka.”


Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan