Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 9:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Tirus membina bagi dirinya suatu kubu. Ditimbuninya perak seperti debu dan emas seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tirus telah membina kubu-kubunya dan mengumpulkan sangat banyak emas dan perak, sehingga menjadi benda biasa seperti pasir di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tirus telah membina kubu-kubunya dan mengumpulkan sangat banyak emas dan perak, sehingga menjadi benda biasa seperti pasir di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 9:3
16 Iomraidhean Croise  

Mereka pun tiba di kota berkubu Tirus, dan terus berjalan ke semua kota orang Hewi serta orang Kanaan. Selanjutnya mereka pergi ke sebelah selatan Yehuda, ke Bersyeba.


Segala perkakas minuman Raja Salomo terbuat daripada emas, dan segala alat kelengkapan gedung “Hutan Lebanon” terbuat daripada emas murni, tidak ada yang terbuat daripada perak. Pada zaman Salomo perak sudah tidak dianggap berharga lagi.


Raja membuat perak di Yerusalem sama seperti batu kerana banyaknya, dan pokok araz sama banyaknya seperti pokok ara yang ada di Dataran Rendah.


meletakkan biji emas di dalam debu, dan emas Ofir di antara batu kali,


Sekalipun dia menimbunkan perak seperti debu dan melonggokkan pakaian seperti tanah liat,


atau dengan para pembesar pemilik emas, yang memenuhi rumah mereka dengan perak.


Allah telah menghulurkan tangan-Nya ke atas laut, dan menggemparkan kerajaan-kerajaan. Mengenai Kanaan, TUHAN telah memberikan perintah untuk membinasakan benteng-bentengnya.


Siapakah yang merancangkan hal ini terhadap Tirus, kota yang menganugerahkan mahkota, yang saudagar-saudagarnya penguasa, yang pedagang-pedagangnya orang mulia di bumi?


Mereka akan menjarah kekayaanmu dan merampas barang-barang daganganmu. Mereka akan meruntuhkan tembok-tembokmu dan merobohkan rumah-rumahmu yang indah. Batumu, kayumu, dan debumu akan dibuang ke tengah laut.


Hartamu, daganganmu, barangmu, juga kelasimu dan pelautmu; orang yang memperbaik celah kapalmu serta yang menjalankan perdaganganmu; seluruh tentera yang ada padamu dan semua awak yang ada di tengah-tengahmu, akan tenggelam di tengah lautan pada hari kejatuhanmu.


Ketika daganganmu datang dari laut, engkau mengenyangkan banyak bangsa. Dengan kelimpahan hartamu dan barang daganganmu engkau memperkaya raja-raja di bumi.


Sekarang engkau dihancurkan di laut, di perairan yang dalam. Barang daganganmu dan seluruh awak kapalmu tenggelam bersama-samamu.


Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Tirus, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah menyerahkan kesemua orang buangan itu kepada Edom dan tidak mengingat akan perjanjian persaudaraan,


Kemudian sempadan belok ke Rama dan sampai ke kota kubu Tirus. Selanjutnya sempadan belok lagi ke Hosa dan berakhir di laut. Daerahnya termasuk juga Mahalab, Akhzib,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan