Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Beginilah firman TUHAN, ‘Aku akan kembali ke Sion dan bersemayam di tengah-tengah Yerusalem. Dan Yerusalem akan disebut Kota Setia, manakala gunung TUHAN alam semesta, akan disebut Gunung Suci.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Aku akan kembali ke Yerusalem, kota-Ku yang suci itu dan menetap di situ. Yerusalem akan dikenal sebagai kota yang setia, dan bukit TUHAN Yang Maha Kuasa akan disebut bukit suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Aku akan kembali ke Yerusalem, kota-Ku yang suci itu dan menetap di situ. Yerusalem akan dikenal sebagai kota yang setia, dan bukit TUHAN Yang Maha Kuasa akan disebut bukit suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 8:3
39 Iomraidhean Croise  

“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.


Aku akan bersemayam di tengah-tengah orang Israel, dan Aku akan menjadi Allah mereka.


Betapa kota yang dahulu setia telah menjadi sundal! Dahulu penuh keadilan, perbenaran tinggal di dalamnya, tetapi sekarang menjadi tempat pembunuh.


Aku akan mengembalikan para hakimmu seperti dahulu dan para penasihatmu seperti semula. Setelah itu, engkau akan disebut kota yang benar, kota yang setia.”


Tidak ada yang akan berbuat jahat ataupun membinasakan di seluruh gunung-Ku yang suci, kerana bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang TUHAN, seperti air meliputi laut.


Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”


barulah keadilan berada di gurun dan perbenaran menetap di ladang yang subur.


Anak-anak daripada mereka yang dahulu menindas engkau akan datang menundukkan diri kepadamu. Semua orang yang dahulu menista engkau akan sujud memberi hormat di kakimu. Mereka akan menyebutmu ‘Kota TUHAN,’ ‘Sion milik Yang Maha Suci, Allah Israel.’


Serigala dan anak domba akan meragut rumput bersama-sama, singa akan makan jerami seperti lembu, sedangkan debu akan menjadi makanan ular. Tidak ada yang akan berbuat jahat ataupun berlaku binasa di seluruh gunung-Ku yang suci,” demikianlah firman TUHAN.


Mereka akan membawa semua saudaramu daripada kalangan segala bangsa sebagai persembahan kepada TUHAN di atas kuda, rata, tandu, keldai, dan unta ke gunung-Ku yang suci, ke Yerusalem, demikianlah firman TUHAN, sebagaimana orang Israel membawa persembahan mereka dalam wadah yang suci ke Bait TUHAN.


Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang diberikan TUHAN kepadaku ialah tanda dan lambang di Israel daripada TUHAN alam semesta, yang bersemayam di Gunung Sion.


Mengapakah Engkau seperti orang yang terperanjat, seperti kesateria yang tidak sanggup menyelamatkan? Padahal Engkau hadir antara kami, ya TUHAN, dan kami disebut atas nama-Mu. Janganlah tinggalkan kami!”


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Orang akan mengucapkan perkataan ini lagi di Tanah Yehuda dan di kota-kotanya ketika Aku memulihkan keadaan mereka, ‘Semoga TUHAN memberkati engkau, wahai tempat kediaman kebenaran, wahai gunung yang suci!’


Pada masa itu Yehuda akan diselamatkan dan Yerusalem akan berdiam dengan aman. Inilah nama yang akan disebutkan kepadanya, ‘TUHAN sumber perbenaran kita.’ ”


Ukuran keliling kota itu ialah 18,000 hasta. Sejak hari itu kota itu dinamai: TUHAN Hadir di Situ.’


Ya Tuhan, selaras dengan segala kebenaran-Mu, surutkanlah kiranya amarah dan murka-Mu dari kota-Mu Yerusalem, yakni gunung-Mu yang suci. Sungguh, kerana dosa-dosa kami dan kesalahan-kesalahan nenek moyang kami, Yerusalem dan umat-Mu menjadi bahan celaan bagi semua orang di sekeliling kami.


“Maka kamu akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, yang bersemayam di Sion, gunung-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi suci dan orang asing tidak akan melintasinya lagi.


Aku akan membalas darah mereka yang belum lagi Kubalas, kerana TUHAN bersemayam di Sion.”


Pada hari-hari terakhir gunung tempat Bait TUHAN akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit, dan orang akan berduyun-duyun ke sana.


Saki-baki orang Israel tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan berkata dusta. Lidah tipu daya tidak akan didapati di dalam mulut mereka. Sungguh, mereka akan makan lalu berbaring tanpa ada yang mampu menakut-nakutkan mereka.”


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, ‘Aku kembali lagi kepada Yerusalem dengan penuh rahmat. Bait-Ku akan dibangunkan di dalamnya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘dan tali pengukur akan direntangkan atas Yerusalem.’


Pada hari itu Aku akan menjadikan para ketua kaum Yehuda seperti periuk api di tengah-tengah kayu bakar dan seperti obor berapi di tengah-tengah berkas gandum. Mereka akan menumpaskan habis semua suku bangsa di sekeliling mereka baik di kanan mahupun di kiri, tetapi penduduk Yerusalem akan tinggal lagi di tempatnya sendiri di Yerusalem.


Seluruh negeri itu akan berubah menjadi dataran, iaitu dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tegak di tempatnya, dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang terdahulu serta ke Pintu Gerbang Sudut; juga dari Menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.


Hal-hal inilah yang harus kamu lakukan: Bercakap benar antara satu sama lain, laksanakan penghakiman yang benar dan yang mendatangkan damai di tempat pengadilanmu.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Puasa pada bulan keempat, bulan kelima, bulan ketujuh, dan bulan kesepuluh akan menjadi kegirangan, kegembiraan, serta hari perayaan yang menyenangkan bagi keturunan kaum Yehuda. Oleh sebab itu cintailah kebenaran dan damai!’ ”


Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.


Yesus menjawab, “Sesiapa yang mengasihi-Ku akan menurut ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihinya. Dan Kami akan datang kepadanya serta tinggal bersamanya.


Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya, “Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”


Dalam-Nya terhimpun seluruh ketuhanan berbentuk jasmani,


Dia membawaku dalam Roh ke sebuah gunung yang besar dan tinggi, lalu menunjukkan kepadaku kota yang agung, Yerusalem Yang Suci, diturunkan Allah dari syurga,


Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba.


Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan