Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 dengan bertanya kepada para imam di Bait TUHAN alam semesta, dan kepada para nabi demikian, “Haruskah aku menangis dan berpantang pada bulan kelima, seperti yang telah kulakukan selama beberapa tahun ini?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka juga disuruh bertanya kepada para imam dan nabi, “Adakah kami masih perlu meratapi kemusnahan Rumah TUHAN dengan berpuasa pada setiap bulan kelima, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun-tahun?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka juga disuruh bertanya kepada para imam dan nabi, “Adakah kami masih perlu meratapi kemusnahan Rumah TUHAN dengan berpuasa pada setiap bulan kelima, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun-tahun?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 7:3
21 Iomraidhean Croise  

Ketika jurubina meletakkan asas Bait Suci TUHAN, tampillah para imam dengan pakaian istiadat mereka sambil membawa nafiri, manakala bani Lewi daripada bani Asaf pula membawa gembereng dengan tujuan untuk memuji TUHAN menurut petunjuk Daud, raja Israel.


ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk ketawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari;


Umat-Ku binasa kerana kurang ilmu pengetahuan. Kerana sedemikian engkau menolak ilmu pengetahuan, maka Aku pun menolak engkau menjadi imam bagi-Ku. Kerana engkau telah melupakan hukum Allahmu, maka Aku pun akan melupakan anak-anakmu.


Biarlah para imam, iaitu para petugas TUHAN, menangis di antara serambi dengan mazbah, serta berkata, “Ya TUHAN, sayangilah umat-Mu. Janganlah menjadikan harta pusaka-Mu suatu celaan, suatu ibarat di antara bangsa. Mengapakah orang harus berkata antara suku-suku bangsa, ‘Di manakah Allah mereka?’ ”


“Beginilah firman TUHAN alam semesta: Tanyakan para imam apakah peraturannya.


Maka datanglah firman TUHAN alam semesta, kepadaku demikian,


“Katakanlah kepada seluruh rakyat negeri dan kepada para imam, ‘Ketika kamu berpuasa dan meratap pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, adakah kamu sungguh-sungguh berpuasa untuk Aku?


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Puasa pada bulan keempat, bulan kelima, bulan ketujuh, dan bulan kesepuluh akan menjadi kegirangan, kegembiraan, serta hari perayaan yang menyenangkan bagi keturunan kaum Yehuda. Oleh sebab itu cintailah kebenaran dan damai!’ ”


Sememangnya bibir imam patut memelihara ilmu pengetahuan dan orang pun patut mencari pengajaran daripada mulutnya, kerana dialah utusan TUHAN alam semesta.


Yesus menjawab, “Patutkah tetamu dalam jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tetapi akan tiba saatnya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.


Jangan renggangkan hubungan sebagai suami isteri, kecuali sementara waktu dengan persetujuan bersama untuk bertumpu kepada ibadat doa. Tetapi setelah itu teruskan hubungan sebagai suami isteri, supaya Iblis tidak berjaya menggodamu kerana kamu tidak dapat menahan nafsu.


Mereka mengajarkan peraturan-peraturan-Mu kepada Yakub, dan hukum-Mu kepada Israel. Mereka meletakkan dupa di hadapan-Mu dan korban yang dibakar seluruhnya di atas mazbah-Mu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan