Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 5:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Lalu dia berkata kepadaku, “Ini ialah kutukan yang keluar melanda seluruh negeri. Semua orang yang mencuri akan disingkirkan menurut tulisan di sisi yang satu, dan semua orang yang bersumpah akan disingkirkan menurut tulisan di sisi yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kemudian dia berkata kepadaku, “Pada naskhah gulungan itu ada tertulis kutukan terhadap seluruh negeri ini. Pada satu muka naskhah gulungan itu ada tertulis bahawa setiap pencuri akan dibuang dari negeri ini, dan pada muka sebelah gulungan naskhah itu ada tertulis bahawa setiap orang yang mengangkat sumpah palsu akan dibuang juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kemudian dia berkata kepadaku, “Pada naskhah gulungan itu ada tertulis kutukan terhadap seluruh negeri ini. Pada satu muka naskhah gulungan itu ada tertulis bahawa setiap pencuri akan dibuang dari negeri ini, dan pada muka sebelah gulungan naskhah itu ada tertulis bahawa setiap orang yang mengangkat sumpah palsu akan dibuang juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 5:3
42 Iomraidhean Croise  

Sesiapa bersekutu dengan pencuri, membenci jiwanya sendiri; dia mendengar sumpah, tetapi tidak mahu menyatakan apa-apa.


Kutukan TUHAN adalah terhadap rumah orang durjana, tetapi Dia memberkati kediaman orang benar.


Jangan sampai aku kenyang lalu menyangkal Engkau dan berkata, “Siapakah TUHAN itu?” Jangan sampai aku miskin lalu mencuri dan memfitnah nama Allahku.


Itulah sebabnya bumi dimamah kutukan dan penduduknya menanggung kesalahan mereka sendiri. Itulah sebabnya penduduk bumi dihanguskan sehingga sedikit sahaja orang yang tertinggal.


Oleh sebab itu Aku akan menista para pemimpin tempat suci, Aku akan menyerahkan Yakub untuk dimusnah dan Israel untuk dihina.”


Dengarlah hal ini, wahai keturunan kaum Yakub, yang disebut dengan nama Israel dan yang datang daripada garis keturunan Yehuda, yang bersumpah demi nama TUHAN dan yang menyebut nama Allah Israel, tetapi tidak dalam kesungguhan dan tidak dalam ketulusan hati —


Negeri ini penuh dengan penzina. Kerana kutukan, negeri ini berkabung, padang-padang rumput di gurun mengering. Cara hidup mereka jahat dan kekuasaan mereka disalahgunakan.


maka Aku akan menjadikan Bait ini seperti Silo dan kota ini menjadi kutukan bagi segala bangsa di bumi.’ ”


Kalaupun mereka berkata, ‘Demi TUHAN yang hidup,’ mereka itu bersumpah dusta.”


Masakan kamu mencuri, membunuh, berzina, bersumpah dusta, membakar dupa bagi Baal, dan mengikuti tuhan-tuhan lain yang tidak kamu kenal,


Ketika kulihat, tampak ada tangan terhulur kepadaku dan tampak sebuah gulungan surat di tangan itu.


Semua orang Israel telah melanggar hukum-Mu dan menyimpang kerana tidak mematuhi-Mu. Oleh sebab itu kutuk dan sumpah yang tersurat dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan melalui Musa, hamba Allah itu, dicurahkan kepada kami, kerana kami telah berdosa terhadap-Nya.


Yang ada hanyalah mengutuk, berbohong, membunuh, mencuri, dan berzina! Mereka langsung tidak mengendahkan segala larangan, dan penumpahan darah menyusul penumpahan darah.


Jangan mencuri, menipu atau berbohong antara satu sama lain.


Jangan bersumpah palsu atas nama-Ku agar jangan sampai kamu mencemarkan nama Allahmu. Akulah TUHAN.


“Mereka tidak tahu berbuat jujur,” demikianlah firman TUHAN, “merekalah yang menimbunkan kekerasan dan perompakan di dalam puri-puri mereka.”


‘Aku akan mengeluarkannya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta. ‘Kutukan itu akan masuk ke dalam rumah pencuri serta rumah orang yang bersumpah dusta demi nama-Ku. Kemudian kutukan itu akan tinggal di dalamnya serta menghancurkannya, baik kayu-kayunya mahupun batu-batunya.’ ”


Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain dan janganlah mencintai sumpah dusta, kerana semua itu Kubenci,’ demikianlah firman TUHAN.”


“Akan Aku hampiri untuk menghakimi kamu. Dengan pantas Aku akan bersaksi terhadap para ahli sihir, dan terhadap para penzina, terhadap orang yang bersumpah dusta, terhadap orang yang menindas pekerja upahan, balu, dan anak yatim, serta terhadap orang yang menafikan hak para pendatang, tanpa sebarang rasa takut kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Dan dia akan membuat hati bapa berbalik kepada anak-anak mereka dan hati anak-anak kepada bapa mereka, supaya Aku tidak datang dan mengazabkan bumi dengan kemusnahan yang mutlak.”


Selepas itu, Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, ‘Nyahlah dari sisi-Ku, kamu yang terlaknat, ke dalam api kekal yang telah disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya;


Hari itu akan datang seperti perangkap bagi semua manusia di seluruh muka bumi ini.


Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan.


Kita tahu bahawa hukum diadakan bukan untuk orang yang benar, tetapi untuk orang yang hidup berleluasa dan ingkar, untuk orang yang tidak taat akan Allah dan yang berbuat dosa, untuk orang yang tidak salih dan yang mengutamakan dunia, untuk pembunuh ibu bapa sendiri, serta untuk semua pembunuh.


Saudara-saudaraku, ini sangat penting: Janganlah bersumpah ketika mengikat janji. Jangan bersumpah demi langit, bumi atau apa-apa pun. Katakan “ya” apabila maksudmu ya, dan “tidak” apabila maksudmu tidak. Dengan demikian tidaklah kamu dihukum Allah.


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta.


Inilah yang akan kita lakukan terhadap mereka: kita akan membiarkan mereka hidup supaya jangan kita ditimpa murka kerana sumpah yang telah kita ucapkan terhadap mereka.”


Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua.”


Di luar terdapat anjing, ahli sihir, orang yang cabul, pembunuh, penyembah berhala, dan semua yang menyukai dusta serta menuturkannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan