Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Dia bertanya kepadaku, “Apakah yang kaulihat?” Jawabku, “Aku melihat sebuah kaki pelita yang seluruhnya terbuat daripada emas, dengan tempat minyak di puncaknya. Padanya ada tujuh buah pelita dengan tujuh buah corong minyak di bahagian puncak setiap pelita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 4:2
19 Iomraidhean Croise  

berapa berat emas yang diperlukan untuk setiap kaki pelita emas dan pelita emasnya, dan berat perak yang diperlukan untuk tiap-tiap kaki pelita perak dan pelitanya, selaras dengan penggunaan kaki-kaki pelita di dalam ibadat;


Setiap pagi dan setiap petang mereka membakar korban bakaran dan dupa harum untuk dipersembahkan kepada TUHAN. Mereka mengatur roti persembahan di meja yang suci, dan menyalakan pelita-pelita pada kaki pelita emas setiap petang. Kami memegang kewajipan terhadap TUHAN, Allah kami, tetapi kamu telah meninggalkan Dia.


Setelah itu, dia membuat sepuluh buah kaki pelita emas selaras dengan aturannya lalu diletaknya di dalam Bait Suci, lima buah di sebelah kanan dan lima buah di sebelah kiri.


Ingatilah Dia sebelum rantai perak diputuskan dan pelita emas dipecahkan, sebelum tempayan dihancurkan di mata air dan roda timba pecah di perigi,


Firman TUHAN kepadaku, “Apa yang kaulihat, Yeremia?” Jawabku, “Buah ara! Buah ara yang baik itu baik sekali, dan yang busuk itu buruk sekali sehingga tidak dapat dimakan kerana buruknya.”


Ketua pasukan pengawal mengambil segala mangkuk, perbaraan, bokor, kuali, kaki pelita, pedupaan, dan mangkuk persembahan minuman, baik yang dibuat daripada emas mahupun yang daripada perak.


Firman TUHAN kepadaku, “Apa yang kaulihat, Amos?” Jawabku, “Batu ladung.” Firman Tuhan, “Sesungguhnya, Aku akan memasang batu ladung di tengah-tengah umat-Ku Israel, dan Aku tidak akan mengampuni mereka lagi.


Seseorang bertanya kepadaku, “Apakah yang kaulihat?” Jawabku, “Aku melihat sebuah gulungan kitab yang terbang. Panjangnya dua puluh hasta dan lebarnya sepuluh hasta.”


Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berkata-kata itu. Kulihat tujuh kaki pelita daripada emas.


Inilah maksud perlambangan tujuh bintang yang kaulihat di tangan kanan-Ku dan tujuh kaki pelita daripada emas itu. Tujuh bintang itu melambangkan para malaikat jemaah di tujuh tempat itu manakala tujuh kaki pelita itu melambangkan jemaah di situ.”


Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan