Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 3:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Lalu malaikat itu bersabda kepada mereka yang berdiri di hadapannya, “Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu daripadanya.” Dia bersabda pula kepada Yosua, “Lihat, aku telah menjauhkan kesalahanmu, dan aku akan mengenakan pakaian pesta kepadamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Malaikat itu berkata kepada pembantu-pembantunya di syurga, “Buanglah pakaian kotor yang dipakai orang ini.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Aku telah membuang dosamu; aku akan memberi engkau pakaian baru.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Malaikat itu berkata kepada pembantu-pembantunya di syurga, “Buanglah pakaian kotor yang dipakai orang ini.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Aku telah membuang dosamu; aku akan memberi engkau pakaian baru.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 3:4
34 Iomraidhean Croise  

Jawab Daud kepada Natan, “Aku telah berdosa terhadap TUHAN.” Kata Natan kepada Daud, “TUHAN telah menjauhkan dosamu itu. Engkau tidak akan mati.


Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya.


Sembunyikan wajah-Mu daripada dosaku dan hapuskan segala kejahatanku.


Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu.


Aku sudah menghilangkan segala pelanggaranmu seperti awan dan dosa-dosamu seperti kabus. Kembalilah kepada-Ku, kerana Aku sudah menebus engkau.”


Bangunlah, bangunlah! Kenakanlah kekuatanmu, wahai Sion! Kenakanlah pakaian kehormatanmu wahai Yerusalem, kota yang suci, kerana orang yang tidak bersunat dan yang najis tidak akan masuk lagi ke dalammu.


Aku sangat bergirang di dalam TUHAN, jiwaku bergembira di dalam Allahku, kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran, seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.


untuk memberi orang yang berkabung di Sion, ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar. Mereka akan disebut “Pokok oak perbenaran,” yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.


Yoyakhin pun mengganti pakaian penjaranya dan dia sentiasa makan di hadapan raja seumur hidupnya.


Kamu akan Kurenjis dengan air suci, sehingga kamu menjadi suci. Akan Kusucikan kamu daripada segala kenajisanmu dan daripada segala berhalamu.


Setelah imam memasuki tempat suci, mereka tidak boleh keluar dari tempat itu ke pelataran luar sebelum mereka menanggalkan di situ pakaian yang dipakai mereka waktu menyelenggarakan ibadat, kerana segala pakaian mereka itu sememangnya suci. Mereka harus terlebih dahulu memakai pakaian yang lain, yakni pakaian biasa, baru boleh menghampiri tempat yang dibenarkan untuk orang ramai.”


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam.


Seterusnya aku lihat Imam Besar Yosua yang sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN, sementara Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk menuduhnya.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Jika engkau hidup menurut jalan-jalan-Ku dan jika engkau memegang teguh kewajipanmu terhadap Aku, maka engkau akan menjadi hakim di Bait-Ku dan akan mengurus pelataran-Ku. Aku akan mengurniakan kepadamu tempat dalam kalangan yang hadir ini.


Lihatlah permata yang telah Kuletakkan di hadapan Yosua itu! Pada permata yang satu itu ada tujuh mata. Sesungguhnya, Aku akan membuat ukiran di atasnya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘dan Aku akan menghapuskan kesalahan negeri ini dalam satu hari sahaja.


Raja itu masuk melihat para tetamunya. Dilihatnya seorang yang tidak memakai pakaian untuk majlis perkahwinan.


Malaikat itu menjawab lagi, “Akulah Gabriel yang berdiri di hadirat Allah, telah diutuskan untuk menyampaikan berita baik ini kepadamu.


Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, ‘Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin pada jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya.


Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!


Perbenaran Allah hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun.


Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.


Begitulah kelakuan sebilangan daripadamu dahulu. Tetapi kamu telah dibersihkan, dikuduskan dan diperbenar dengan nama Tuhan Yesus Kristus dan dengan Roh Allah kita.


Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah.


dan mengenakan diri yang baru, yang terus-menerus diperbaharu dengan pengetahuan menurut rupa Allah yang menjadikannya.


Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.”


Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.


“Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,” sahutku. Dia berkata, “Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan