Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Yosua mengenakan pakaian yang kotor ketika dia berdiri di hadapan malaikat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Yosua berdiri di situ dengan pakaian yang sangat kotor.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Yosua berdiri di situ dengan pakaian yang sangat kotor.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 3:3
12 Iomraidhean Croise  

Lalu bangkitlah Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak untuk memulakan pembinaan semula Rumah Allah di Yerusalem. Mereka disertai dan disokong oleh kedua-dua orang nabi Allah itu.


Ya TUHAN, Allah Israel, Engkaulah yang benar! Namun begitu, kami masih ditinggalkan sebagai baki orang yang terselamat, seperti yang terjadi pada hari ini. Lihatlah, kami menghadap hadirat-Mu dengan kesalahan kami, meskipun tidak ada yang tahan berdiri di hadapan-Mu kerana hal ini.”


Hal itu terjadi apabila Tuhan membasuh kekotoran puteri-puteri Sion dan membersihkan segala noda darah dari tengah-tengah Yerusalem dengan roh penghukum dan roh pembakar.


Engkau datang menolong orang yang suka melakukan yang benar, iaitu orang yang mengingati Engkau di jalan-jalan-Mu. Sesungguhnya, Engkau murka kerana kami berbuat dosa. Kami sudah lama sekali melakukannya, masakan kami dapat diselamatkan?


Kami semua seperti orang bernajis, dan segala kebenaran kami seperti kain yang tercemar. Kami semua layu seperti daun, dan kesalahan-kesalahan kami menerbangkan kami seperti angin.


Ya Allahku, berilah perhatian dan dengarlah! Sudilah memandang dan lihatlah kebinasaan kami serta kota yang disebut dengan nama-Mu. Kami menyampaikan kesemua permohonan ini ke hadirat-Mu bukan berasaskan kebenaran kami, melainkan berasaskan rahmat-Mu yang besar.


Andaikan dua orang datang ke tempat pertemuanmu, yang seorang kaya, berpakaian mewah, bercincin emas; yang seorang lagi miskin, berpakaian buruk.


Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.


Isterinya diberi kain linen yang halus, suci berseri-seri untuk dipakai.” (Kain linen yang halus melambangkan segala perbuatan benar yang dilakukan oleh orang salih.)


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan