Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 3:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Firman TUHAN kepada Iblis, “TUHAN mengherdik engkau, wahai Iblis! TUHAN, yang memilih Yerusalem, mengherdik engkau! Bukankah dia ini sisa kayu yang direnggut dari dalam api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Malaikat TUHAN berkata kepada Iblis, “Semoga TUHAN menghukum engkau, hai Iblis! Semoga TUHAN yang mengasihi Yerusalem menghukum engkau. Orang ini bagaikan puntung kayu yang ditarik dari api.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Malaikat TUHAN berkata kepada Iblis, “Semoga TUHAN menghukum engkau, hai Iblis! Semoga TUHAN yang mengasihi Yerusalem menghukum engkau. Orang ini bagaikan puntung kayu yang ditarik dari api.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 3:2
22 Iomraidhean Croise  

‘Sejak Aku membawa umat-Ku keluar dari Tanah Mesir, tidak ada kota yang Kupilih di antara semua suku Israel untuk membina sebuah bait supaya nama-Ku tinggal di sana, dan tidak ada orang yang Kupilih untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku Israel.


Tetapi kemudian Aku memilih Yerusalem supaya nama-Ku tinggal di sana, dan Aku memilih Daud untuk mengepalai umat-Ku Israel.’


Kerana Dia akan berdiri di sebelah kanan orang miskin, untuk menyelamatkannya daripada orang yang menjatuhkan hukum mati.


Katakanlah kepadanya, ‘Mantapkanlah hatimu dan tenanglah. Jangan takut dan jangan tawar hati kerana dua puntung kayu bakar yang berasap ini, iaitu panasnya amarah Rezin bersama orang Aram, dan anak Remalya.


“Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat.


“Aku menunggangbalikkan beberapa orang antara kamu seperti Allah menunggangbalikkan Sodom dan Gomora, sehingga kamu seperti puntung yang direnggut dari dalam api. Namun demikian, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN.


Serukanlah pula: Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Kota-kota-Ku akan kembali dilimpahi kemakmuran. TUHAN akan kembali menghibur Sion dan memilih Yerusalem.’ ”


TUHAN akan memiliki Yehuda sebagai bahagian-Nya di tanah suci dan akan memilih Yerusalem lagi.


Yesus membentak roh itu, “Diam! Keluar daripada dia!”


Ketika Yesus melihat orang ramai datang berkerumun, Dia membentak roh jahat itu, “Hai roh bisu tuli, Aku perintahkan kamu keluar daripada anak ini dan jangan memasukinya lagi.”


Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.”


Yesus membentak roh iblis itu, “Diam! Keluar daripada dia!” Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya.


Semasa dia datang, roh jahat itu mencampakkannya ke tanah lalu membuatnya tersentak-sentak. Tetapi Yesus memarahi roh jahat itu, lalu menyembuhkan budak itu dan menyerahkannya kepada bapanya.


Apa yang Kukatakan itu bukanlah tentang kesemua kamu. Aku mengenal setiap orang yang telah Kupilih. Tetapi apa yang tersurat dalam Kitab Suci pastilah terlaksana, ‘Orang yang makan bersama-Ku telah berpaling menentang-Ku.’


Allah, sumber kesejahteraan, akan segera membuat Iblis hancur di bawah kakimu. Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu semua.


Siapa yang akan mendakwa orang pilihan Allah? Allah yang memperbenar.


Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis.


Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.


Namun demikian ketua malaikat, Mikhail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikhail hanya berkata, “Tuhan murkai kamu!”


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan