Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Seterusnya aku lihat Imam Besar Yosua yang sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN, sementara Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk menuduhnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Dalam penglihatan yang lain, TUHAN menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku. Imam Agung Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN. Iblis yang telah bersedia untuk menuduh Yosua, berdiri di sebelah Yosua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Dalam penglihatan yang lain, TUHAN menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku. Imam Agung Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN. Iblis yang telah bersedia untuk menuduh Yosua, berdiri di sebelah Yosua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 3:1
36 Iomraidhean Croise  

Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dengan perempuan ini, dan antara keturunanmu dengan keturunannya. Keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan kamu akan meremukkan tumitnya.”


Malaikat yang telah menebus aku daripada segala yang jahat, memberkati para anak muda ini. Semoga namaku dan nama para bapa pendahuluku, Abraham dan Ishak, disebut-sebut oleh mereka. Semoga mereka bertambah ramai di bumi ini.”


Iblis bangkit melawan orang Israel dan menghasut Daud untuk mengadakan bancian jumlah orang Israel.


Para anakku, sekarang janganlah lalai, kerana kamu telah dipilih TUHAN untuk berdiri di hadirat-Nya dan menyelenggarakan ibadat bagi-Nya, untuk menjadi hamba-Nya serta membakar dupa.”


Antara keturunan imam didapati beberapa orang yang memperisteri perempuan asing, iaitu: Daripada bani Yesua anak Yozadak dan saudara-saudaranya: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya.


Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana. Inilah senarai warga orang Israel:


Lalu bangkitlah Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak untuk memulakan pembinaan semula Rumah Allah di Yerusalem. Mereka disertai dan disokong oleh kedua-dua orang nabi Allah itu.


Oleh itu, Dia berfirman bahawa Dia akan memusnahkan mereka — tetapi Musa, orang pilihan-Nya, berdiri di hadirat-Nya memohon untuk mereka bagi memalingkan kemurkaan-Nya, supaya Dia tidak memusnahkan mereka.


Letakkanlah dia di bawah kuasa orang durjana; dan biarlah seorang pendakwa berdiri di sebelah tangan kanannya.


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, “Jika engkau mahu bertaubat, maka Aku akan memulihkan engkau sehingga engkau dapat mengabdikan diri kepada-Ku. Jika engkau mengutarakan apa yang berharga, bukan apa yang hina, maka engkau akan menjadi penyambung lidah bagi-Ku. Orang akan kembali kepadamu, tetapi engkau tidak perlu kembali kepada mereka.


Mereka boleh bertugas di tempat suci-Ku, menjadi pengawas di pintu-pintu gerbang Bait Suci, dan menyelenggarakan ibadat di dalam Bait Suci. Mereka boleh menyembelih korban bakaran dan korban sembelihan bagi bangsa itu, serta bertugas melayani bangsa itu.


Akan tetapi, mereka yang akan mendekat kepada-Ku untuk menyelenggarakan ibadat bagi-Ku ialah para imam Lewi dari bani Zadok, yang menunaikan tugas di tempat suci-Ku ketika orang Israel berpaling daripada Aku. Mereka akan bertugas di hadirat-Ku untuk mempersembahkan lemak dan darah kepada-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Pada hari pertama bulan keenam dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius, datanglah firman TUHAN menerusi Nabi Hagai sebagai perantaraan kepada pembesar negeri Yehuda iaitu Zerubabel anak Sealtiel, dan kepada imam besar iaitu Yosua anak Yozadak seperti begini:


Lalu Zerubabel anak Sealtiel dan Yosua anak Yozadak, imam besar, dan semua saki-baki umat bangsa itu mematuhi seruan TUHAN, Allah mereka, dan juga perkhabaran Nabi Hagai, sebagaimana beliau diutus serta diperintahkan oleh TUHAN, Allah mereka; dan bangsa itu pun takut kepada TUHAN.


Namun begitu, kuatkanlah hatimu, wahai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, wahai Yosua anak Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, wahai semua warga negeri sekalian, demikianlah firman TUHAN; berusahalah, kerana Aku menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Maka TUHAN menjawab malaikat yang berbicara dengan aku itu dengan kata-kata yang baik serta menghiburkan.


Aku pun bertanya kepada malaikat yang berbicara denganku itu, “Apakah erti semua ini?” Jawabnya kepadaku, “Ini ialah tanduk-tanduk yang telah menyerakkan Yehuda, Israel, dan Yerusalem.”


Aku bertanya, “Apakah erti semua ini, ya tuanku?” Sahut malaikat yang berbicara denganku, “Aku akan menunjukkan kepadamu apa erti semua ini.”


Sementara malaikat yang berbicara dengan aku itu melangkah maju, satu malaikat lain maju pula menemui dia.


Dengarlah, wahai Imam Besar Yosua, baik engkau mahupun kawan-kawanmu yang duduk di hadapanmu — kerana merekalah orang yang menjadi lambang kerana, sesungguhnya, Aku akan mendatangkan hamba-Ku, Sang Tunas.


Lalu katanya, “Ini adalah kedua-dua orang yang telah diurapi lalu dilantik, yang berdiri berdekatan dengan Tuhan semesta bumi.”


Ambillah perak dan emas, buatlah mahkota, lalu kenakanlah pada kepala Imam Besar Yosua anak Yozadak.


“Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.”


“Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi kamu seperti gandum.


Pada waktu itu TUHAN mengkhususkan suku Lewi untuk mengusung tabut perjanjian TUHAN. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menyelenggarakan ibadat di hadapan TUHAN serta menyampaikan berkat atas nama-Nya, sampai pada hari ini.


TUHAN, Allahmu, akan membangkitkan untukmu seorang nabi sepertiku daripada kalangan saudaramu. Dialah yang harus kamu dengar,


Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa.


Kata orang Bet-Semes, “Siapakah dapat bertahan di hadapan TUHAN, Allah yang Kudus ini? Kepada siapakah Dia akan berangkat meninggalkan kita ini?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan