Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:9 - Alkitab Versi Borneo

9 “Sesungguhnya, Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka sehingga mereka menjadi jarahan bagi orang yang dahulunya takluk di bawah mereka.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 “TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.” Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 “TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.” Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:9
30 Iomraidhean Croise  

Hari ini juga Asyur akan berhenti di Nob. Dia akan mengacung-acungkan tinjunya kepada gunung puteri Sion, iaitu bukit Yerusalem.


TUHAN akan membinasakan sama sekali teluk laut Mesir; dengan angin-Nya yang panas, Dia akan mengayunkan tangan-Nya kepada Sungai Efrat dan memukulnya menjadi tujuh batang anak sungai, sehingga orang dapat menyeberanginya dengan berkasut.


Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”


Angkatlah panji-panji di atas gunung yang gondol, berserulah dengan nyaring kepada mereka. Lambaikanlah tangan supaya mereka memasuki pintu gerbang para bangsawan.


Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.


Pada waktu itu orang Mesir akan menjadi seperti perempuan. Mereka akan gementar dan ketakutan kerana tangan TUHAN alam semesta, diacukan kepada mereka.


Pada waktu itu lantunan pujian ini akan dikumandangkan di Tanah Yehuda: “Kita mempunyai kota yang kuat. Keselamatan didirikan-Nya sebagai tembok dan benteng.


Malangnya engkau, wahai pemusnah, yang belum pernah dimusnahkan; dan engkau, wahai pengkhianat, yang belum pernah dikhianati! Setelah engkau selesai memusnahkan, engkau pun akan dimusnahkan; setelah engkau usai berkhianat, engkau pun akan dikhianati.


Sesungguhnya, di sana TUHAN akan menyertai kita dengan kebesaran-Nya, di tempat yang penuh sungai dan aliran air yang lebar. Perahu dayung tidak akan melaluinya dan kapal besar tidak akan melintasinya.


Tali-temalimu sudah longgar, tidak dapat menguatkan tiang layar dengan teguh, tidak dapat membentangkan layar. Pada waktu itu orang akan membahagi-bahagikan hasil jarahan yang besar, orang tempang pun akan mengambil rampasan.


Di atas seluruh tempat di Gunung Sion dan di atas orangnya yang berjemaah, TUHAN akan menciptakan awan serta asap pada siang hari dan cahaya api yang menyala pada malam hari. Sungguh, di atas semua itu kemuliaan akan menjadi suatu tudung


Datanglah dekat kepada-Ku, dengarlah hal ini: Sejak mula-mula lagi Aku tidak berfirman dengan sembunyi-sembunyi, sejak waktu hal itu terjadi, Aku ada di sana.” Sekarang, Tuhan ALLAH telah mengutus aku dengan Roh-Nya.


Kekerasan tidak akan terdengar lagi di negerimu, begitu juga kemusnahan dan kehancuran di daerahmu. Engkau akan menyebut tembok-tembokmu ‘Penyelamatan’, dan pintu-pintu gerbangmu ‘Puji-pujian.’


Matahari tidak akan menjadi penerangmu lagi pada siang hari, dan cahaya bulan tidak akan menerangi kamu lagi, tetapi TUHAN akan menjadi penerangmu yang kekal, dan Allahmu akan menjadi kemegahanmu.


Segala bangsa akan takluk kepadanya, kepada anaknya, dan kepada cucunya, sampailah tiba waktu negerinya sendiri jatuh. Pada waktu itu, banyak bangsa dan raja besar akan menaklukkannya.


Nabi yang menubuatkan kedamaian hanya akan diakui sebagai nabi yang benar-benar diutus TUHAN jika kata-kata ucapannya menjadi kenyataan.”


Dengar! Suara teriakan puteri bangsaku dari negeri yang jauh: “Adakah TUHAN tidak hadir di Sion? Tidak hadirkah Rajanya di dalamnya?” “Mengapakah mereka membangkitkan murka-Ku dengan patung-patung ukiran mereka, dengan berhala-berhala bangsa asing?”


Tidak perlu mereka mengambil kayu bakar dari padang atau menebangnya di hutan, kerana mereka akan mendapat api dengan membakar persenjataan itu. Mereka akan menjarah orang yang dahulu menjarah mereka dan merampas orang yang dahulu merampas mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Kamu akan mengetahui bahawa Aku hadir di tengah-tengah Israel, bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, dan tidak ada yang lain. Umat-Ku tidak akan malu lagi untuk selama-lamanya.”


Keganasan yang dilakukan terhadap Lebanon akan meliputi engkau dan pemusnahan binatang-binatang akan mengejutkan engkau, kerana darah manusia yang tertumpah itu dan kerana keganasan terhadap bumi, kota, dan seluruh penduduknya itu.


Atas engkau yang telah menjarah banyak bangsa, segala suku bangsa yang tersisa akan menjarah engkau, atas sebab darah manusia yang tertumpah itu dan lantaran keganasan terhadap negeri, kota, dan seluruh penduduknya itu.


Oleh sebab itu demi Aku yang hidup,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, tempat yang penuh jelatang dan tempat menggali garam, tempat tandus untuk selama-lamanya. Saki-baki daripada umat-Ku akan menjarah mereka, dan mereka menjadi harta pusaka bagi yang terselamat daripada bangsa-Ku.”


TUHAN telah menyingkirkan hukumanmu, dan Dia telah melenyapkan musuhmu. Raja Israel, iaitu TUHAN, hadir di tengah-tengahmu, engkau tidak akan takut lagi kepada malapetaka.


“Pada waktu itu banyak bangsa akan mengikatkan diri kepada TUHAN dan menjadi umat-Ku, lalu Aku akan bersemayam di tengah-tengah kamu.” Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta telah mengutus aku kepadamu.


Beginilah firman TUHAN alam semesta — yang demi kemuliaan-Nya telah mengutus aku — tentang bangsa-bangsa yang menjarah kamu, kerana siapa menyentuh kamu, menyentuh apa yang disayangi-Nya.


“Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu.


Kalangan dari jauh akan datang membina Bait Suci TUHAN.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Hal ini akan terjadi jika kamu sungguh-sungguh mematuhi TUHAN, Allahmu.


TUHAN alam semesta, akan melindungi mereka. Mereka akan memusnahkan dan menginjak-injak batu-batu tarbil. Mereka akan minum dan meraung seolah-olah mabuk dengan air anggur, dan diisi penuh seperti mangkuk, dibasahi seperti penjuru-penjuru mazbah.


Aku memberitahumu hal ini sebelum berlaku supaya setelah terjadi nanti, kamu akan percaya bahawa Akulah Dia.


Semua ini Kukatakan kepadamu supaya ketika berlaku nanti, kamu akan ingat bahawa Aku sudah pun memberitahumu. Aku tidak memberitahumu dari mulanya lagi kerana Aku masih bersamamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan