Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Beginilah firman TUHAN alam semesta — yang demi kemuliaan-Nya telah mengutus aku — tentang bangsa-bangsa yang menjarah kamu, kerana siapa menyentuh kamu, menyentuh apa yang disayangi-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.” Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada bangsa-bangsa yang telah menjarah umat-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.” Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada bangsa-bangsa yang telah menjarah umat-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:8
50 Iomraidhean Croise  

Lalu firman Allah kepadanya dalam mimpi itu, “Aku tahu bahawa kamu melakukan hal itu dengan tulus hati. Itulah sebabnya Aku hendak mencegah kamu berbuat dosa terhadap Aku, dan sebabnya Aku tidak membiarkan kamu menyentuh perempuan itu.


Kemudian TUHAN mengirim pelbagai gerombolan iaitu daripada orang Kasdim, orang Aram, orang Moab, dan daripada bani Amon untuk mendatangi Yehuda untuk membinasakan negeri itu, selaras dengan firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan para hamba-Nya, para nabi.


Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu; lindungi aku di bawah naungan-Mu


Patuhi segala perintahku, maka engkau akan hidup; peliharalah ajaranku seperti biji matamu.


Memang tempat-tempatmu telah rosak dan sunyi, negerimu telah diruntuhkan, tetapi sekarang engkau akan terlalu sempit bagi pendudukmu, dan orang yang menelan engkau akan pergi jauh-jauh.


Beginilah firman TUHAN, “Mengenai semua tetangga-Ku yang jahat, yang mengusik harta pusaka yang telah Kukurniakan kepada umat-Ku Israel, sesungguhnya Aku akan mencabut mereka dari tanah mereka dan Aku akan mencabut keturunan kaum Yehuda dari tengah-tengah mereka.


Segala bangsa akan takluk kepadanya, kepada anaknya, dan kepada cucunya, sampailah tiba waktu negerinya sendiri jatuh. Pada waktu itu, banyak bangsa dan raja besar akan menaklukkannya.


“Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Kerana Edom membalas dendamnya terhadap keturunan kaum Yehuda dan bersalah besar dengan berbuat demikian,


“Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Orang Filistin melakukan pembalasan terhadap Yehuda dan membinasakan mereka dengan hati yang penuh kedengkian kerana permusuhan yang tidak henti-hentinya.


“Wahai anak manusia, kerana Tirus berkata mengenai Yerusalem, ‘Syukur! Sudah pecah pintu gerbang bangsa-bangsa itu dan sudah terbuka bagiku, Aku akan menjadi makmur sedangkan ia menjadi reruntuhan.’


Aku bermaksud menurunkan engkau bersama-sama mereka yang turun ke liang kubur untuk menemui bangsa purbakala. Akan Kutempatkan engkau di bahagian bumi yang terbawah seperti reruntuhan purbakala bersama-sama mereka yang turun ke liang kubur, supaya engkau tidak lagi dihuni orang dan Aku mengurniakan kemuliaan di negeri orang yang hidup.


Kerana engkau terus memendam rasa permusuhan yang sudah ada sejak dahulu, dan engkau menyerahkan orang Israel kepada kuasa pedang pada waktu mereka mengalami kesusahan, iaitu pada waktu penghukuman ke atas mereka mencapai puncaknya,


Jumlah manusia dan binatang di atasmu akan Kulipatgandakan. Mereka akan bertambah banyak dan berkembang biak. Aku akan membuat kamu dihuni kembali seperti asalnya dan Aku akan berbuat baik kepadamu lebih daripada sebelumnya. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.


Engkau akan berkata, “Aku akan maju menyerang negeri yang kampung-kampungnya tidak bertembok. Aku akan mendatangi orang yang hidup tenang dan tinggal dengan aman. Mereka semua tinggal tanpa tembok kota, tanpa palang pintu dan pintu gerbang.”


Oleh sebab itu, wahai anak manusia, bernubuatlah dan katakan kepada Gog: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Bukankah engkau tahu bahawa pada waktu itu umat-Ku Israel tinggal dengan aman?


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Edom, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana dia telah mengejar saudaranya dengan pedang dan meluputkan rasa belas kasihan — amarahnya terus merobekkan untuk selama-lamanya dan pengamukan geramnya disimpannya untuk selama-lamanya —


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran bani Amon, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah merobekkan perut para perempuan yang mengandung di Gilead demi meluaskan daerah mereka,


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran Tirus, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah menyerahkan kesemua orang buangan itu kepada Edom dan tidak mengingat akan perjanjian persaudaraan,


Sekarang banyak bangsa yang berkumpul demi melawan engkau. Mereka berkata, “Biarlah dia dinajiskan. Biarlah mata kita puas memandangi Sion.”


Dengan pedang mereka akan menguasai Tanah Asyur dan Tanah Nimrod di muka pintu gerbangnya. Dia akan melepaskan kita daripada cengkaman orang Asyur apabila mereka masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak daerah kita.


Musuhku akan melihatnya dan akan diselubungi malu, dia yang berkata kepadaku, “Di manakah TUHAN, Allahmu?” Mataku akan memandang dia. Pada waktu itu dia akan diinjak-injak seperti lumpur di jalan.


Keganasan yang dilakukan terhadap Lebanon akan meliputi engkau dan pemusnahan binatang-binatang akan mengejutkan engkau, kerana darah manusia yang tertumpah itu dan kerana keganasan terhadap bumi, kota, dan seluruh penduduknya itu.


Atas engkau yang telah menjarah banyak bangsa, segala suku bangsa yang tersisa akan menjarah engkau, atas sebab darah manusia yang tertumpah itu dan lantaran keganasan terhadap negeri, kota, dan seluruh penduduknya itu.


“Aku telah mendengar celaan Moab dan hujahan bani Amon. Mereka itu telah mencela umat-Ku dan membesarkan diri terhadap daerah umat-Ku itu.


“Pada waktu itu banyak bangsa akan mengikatkan diri kepada TUHAN dan menjadi umat-Ku, lalu Aku akan bersemayam di tengah-tengah kamu.” Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta telah mengutus aku kepadamu.


“Sesungguhnya, Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka sehingga mereka menjadi jarahan bagi orang yang dahulunya takluk di bawah mereka.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku.


Tempat-tempat umum kota itu akan penuh dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang bermain-main di situ.’


“Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’


Dia akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.’


Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu.


Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus-Ku ke dunia.


Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?”


Didapati-Nya Yakub di daerah gurun, di gurun yang gersang, tempat binatang mengaum. Dikelilingi-Nya dia, diperhatikan-Nya, dan dijaga-Nya seperti apa yang disayangi-Nya.


Allah akan melakukan keadilan, membalas dengan kesengsaraan terhadap mereka yang menyebabkan kamu sengsara, dan


Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan