Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:7 - Alkitab Versi Borneo

7 “Ayuh, Sion! Selamatkanlah diri, wahai kamu yang tinggal bersama-sama puteri Babel!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:7
13 Iomraidhean Croise  

Setelah mereka membawa keluarga itu keluar, berkatalah seorang daripada malaikat itu, “Larilah, selamatkanlah nyawamu! Jangan menoleh ke belakang dan jangan berhenti di mana-mana pun di lembah ini. Larilah ke pergunungan, supaya kamu tidak dilenyapkan.”


“Turunlah dan duduklah dalam debu, wahai anak dara, puteri Babel! Duduklah di tanah tanpa takhta, wahai puteri Kasdim, kerana engkau tidak akan lagi disebut lembut dan manja.


Keluarlah dari Babel! Larilah daripada antara orang Kasdim! Uar-uarkanlah hal ini dengan suara sorak-sorai, khabarkannya! Siarkanlah sampai ke hujung bumi! Katakanlah, “TUHAN telah menebus hamba-Nya Yakub!”


Menyingkirlah, menyingkirlah, keluarlah dari sana! Jangan sentuh yang najis! Keluarlah dari tengah-tengahnya, sucikanlah dirimu, wahai kamu yang mengangkut kelengkapan Bait TUHAN.


Kebaskanlah debu daripadamu, bangkitlah, duduklah, wahai Yerusalem! Lepaskanlah tali pengikat dari lehermu, wahai puteri Sion yang tertawan!


Larilah dari tengah-tengah Babel, keluarlah dari tanah orang Kasdim. Jadilah seperti kambing jantan yang memimpin kawanannya.


Keluarlah dari dalamnya, wahai umat-Ku, selamatkanlah nyawa masing-masing daripada murka TUHAN yang menyala-nyala.


Larilah dari tengah-tengah Babel, selamatkanlah nyawa masing-masing. Janganlah sampai kamu dibinasakan kerana kesalahannya, kerana inilah waktu pembalasan TUHAN. Dia akan mengadakan pembalasan terhadapnya.


Menggeliatlah dan mengejanlah, wahai puteri Sion, seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran, kerana sekarang engkau harus keluar dari kota dan berdiam di padang. Engkau harus pergi sampai ke Babel, di sanalah engkau akan diselamatkan, di sanalah engkau akan ditebus TUHAN daripada tangan para musuhmu.


Katanya kepada umat itu, “Pergilah jauh dari khemah orang fasiq ini. Jangan sentuh sesuatu pun milik mereka, supaya jangan kamu binasa kerana segala dosa mereka.”


Apabila mendengar teriakan mereka itu, seluruh orang Israel yang ada di sekeliling mereka berlarian sambil berkata, “Jangan-jangan kita juga ditelan bumi!”


Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, “Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.”


Aku mendengar satu suara lagi dari syurga berkata, “Keluarlah daripadanya, hai kaumku, supaya kamu tidak bersubahat dengan dosanya dan tidak ditimpa wabaknya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan