Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Wahai segala makhluk, berdiam dirilah di hadapan TUHAN, kerana Dia telah bangkit dari tempat kediaman-Nya yang suci!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Hai semua orang, berdiamlah di hadapan TUHAN kerana Dia telah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Hai semua orang, berdiamlah di hadapan TUHAN kerana Dia telah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:13
26 Iomraidhean Croise  

Setelah itu, para imam Lewi segera memberkati rakyat. Suara mereka didengar Allah dan doa mereka sampai ke tempat kediaman-Nya yang suci di syurga.


TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia.


“Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.”


Dialah bapa kepada anak yatim, pelindung kepada balu, Dialah Allah di tempat bersemayam-Nya yang suci.


Kemudian Tuhan mengejutkan diri daripada tidur, seperti seorang gagah yang bertempik kerana air anggur.


Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.


Pada waktu itu orang Mesir akan menjadi seperti perempuan. Mereka akan gementar dan ketakutan kerana tangan TUHAN alam semesta, diacukan kepada mereka.


“Berdiam dirilah di hadapan-Ku, wahai pulau-pulau! Biarlah bangsa-bangsa mendapat kekuatan baru! Biarlah mereka mendekati dan kemudian berbicara. Biarlah kita tampil bersama-sama untuk berbahas!


Bangunlah, bertindaklah! Gunakanlah kekuatanmu, wahai tangan TUHAN! Bertindaklah seperti pada zaman dahulu, pada zaman angkatan purbakala! Bukankah Engkau yang mencencang Rahab, yang menikam naga itu?


Kerana beginilah firman Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mulia, yang bersemayam dalam kekekalan dan yang suci nama-Nya, “Aku bersemayam di tempat yang tinggi dan suci, tetapi juga bersama-sama orang yang hancur hati dan rendah hati, untuk menyegarkan semangat orang yang rendah hati dan untuk menyegarkan hati yang hancur.


Kamu terbakar oleh nafsu di antara pokok oak, di bawah setiap pokok yang rimbun. Kamu menyembelih anak-anak di lembah-lembah, di bawah celah-celah bukit batu.”


Pandanglah dari syurga dan lihatlah dari kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah semangat-Mu dan keperkasaan-Mu? Gelora hiba-Mu dan kasih sayang-Mu tertahan bagiku!


Mengenai engkau, nubuatkanlah kepada mereka segala firman ini dan katakanlah kepada mereka, ‘TUHAN bergemuruh dari tempat tinggi dan memperdengarkan suara-Nya dari tempat kediaman-Nya yang suci. Dia akan bergemuruh terhadap padang ragut-Nya. Pekikan seperti pekikan para pengirik buah anggur akan diteriakkan-Nya kepada seluruh penduduk bumi.


Tetapi TUHAN hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


Berdiam dirilah di hadirat Tuhan ALLAH, kerana hari TUHAN sudah dekat. Sungguh, TUHAN telah menyiapkan upacara korban, dan telah menyucikan para undangan-Nya.


Oleh sebab itu demi Aku yang hidup,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, tempat yang penuh jelatang dan tempat menggali garam, tempat tandus untuk selama-lamanya. Saki-baki daripada umat-Ku akan menjarah mereka, dan mereka menjadi harta pusaka bagi yang terselamat daripada bangsa-Ku.”


Oleh sebab itu, nantikanlah Aku!” demikianlah firman TUHAN. “Akan tiba hari Aku akan bangkit untuk menjarah. Telah Kuputuskan untuk mengumpulkan bangsa-bangsa dan menghimpun kerajaan-kerajaan demi mencurahkan murka-Ku ke atas mereka, kerana dalam seluruh amarah-Ku yang menyala-nyala. Seluruh bumi akan dimakan oleh keghairahan api cemburu-Ku.”


“Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu.


Kalangan dari jauh akan datang membina Bait Suci TUHAN.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Hal ini akan terjadi jika kamu sungguh-sungguh mematuhi TUHAN, Allahmu.


Kita tahu bahawa segala yang tersurat dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu, tiada siapa pun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.


Tetapi siapakah engkau, hai manusia, maka engkau menghujahi Allah? “Adakah ciptaan berkata kepada penciptanya, ‘Mengapa kaubuat aku begini?’ ”


Jika kamu bertanya dalam hatimu, ‘Bagaimanakah kami boleh mengetahui perkataan yang tidak difirmankan TUHAN?’


Apabila seorang nabi berbicara atas nama TUHAN tetapi hal itu tidak terjadi dan tidak terlaksana, maka perkataan itu tidak difirmankan TUHAN. Nabi itu telah berbicara dengan semberono. Kamu tidak perlu takut kepadanya.


Lihatlah dari kediaman-Mu yang suci, dari syurga, dan berkatilah umat-Mu Israel serta tanah yang Engkau berikan kepada kami, seperti yang telah Engkau sumpah kepada nenek moyang kami — sebuah negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan