Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:10 - Alkitab Versi Borneo

10 “Wahai puteri Sion, bersorak-sorailah dan bersukacitalah. Sesungguhnya, Aku akan datang dan bersemayam di tengah-tengah kamu,” demikianlah firman TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira, hai penduduk Yerusalem! Aku akan tinggal di tengah-tengah kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira, hai penduduk Yerusalem! Aku akan tinggal di tengah-tengah kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:10
41 Iomraidhean Croise  

Kemudian aku berkata, “Lihatlah, aku telah datang — dalam naskhah kitab ada tersurat tentangku.


Engkau telah naik ke tempat yang tinggi, Engkau membawa orang tawanan; Engkau menerima persembahan dalam kalangan manusia, malah daripada pemberontak — supaya TUHAN Allah akan tinggal di sana.


Aku akan bersemayam di tengah-tengah orang Israel, dan Aku akan menjadi Allah mereka.


Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”


Orang yang ditebus TUHAN akan pulang dan masuk ke Sion dengan sorak-sorai. Kesukaan yang kekal akan menghiasi kepala mereka. Mereka akan memperoleh kegirangan dan kegembiraan, manakala dukacita dan keluh-kesah akan hilang.


maka inilah firman yang disampaikan TUHAN mengenai raja Asyur itu, ‘Anak dara, iaitu puteri Sion, menghina dan mengolok-olokkan engkau. Puteri Yerusalem menggeleng-gelengkan kepala di belakangmu.


Nyanyikanlah bagi TUHAN nyanyian baru, sampaikanlah puji-pujian kepada-Nya dari hujung bumi, wahai orang yang pergi ke laut dan segala isi laut, wahai pulau-pulau serta penduduknya!


Keluarlah dari Babel! Larilah daripada antara orang Kasdim! Uar-uarkanlah hal ini dengan suara sorak-sorai, khabarkannya! Siarkanlah sampai ke hujung bumi! Katakanlah, “TUHAN telah menebus hamba-Nya Yakub!”


Orang yang ditebus TUHAN akan pulang dan memasuki Sion dengan sorak-sorai. Kesukaan kekal akan menghiasi kepala mereka. Mereka akan memperoleh kesukaan dan kegembiraan, sedangkan dukacita dan keluh-kesah akan menghilang.


Menyingkirlah, menyingkirlah, keluarlah dari sana! Jangan sentuh yang najis! Keluarlah dari tengah-tengahnya, sucikanlah dirimu, wahai kamu yang mengangkut kelengkapan Bait TUHAN.


“Bersorak-sorailah, wahai perempuan mandul yang tidak pernah melahirkan anak! Bergembiralah dengan sorak-sorai dan memekiklah, wahai engkau yang tidak pernah mengalami sakit bersalin! Kerana anak daripada perempuan yang ditinggalkan suaminya akan lebih ramai daripada anak daripada perempuan yang bersuami,” demikianlah firman TUHAN.


Aku sangat bergirang di dalam TUHAN, jiwaku bergembira di dalam Allahku, kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran, seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.


Apabila kamu melihatnya, hatimu akan bergirang, tulang-tulangmu akan berkembang seperti rumput muda. Kuasa TUHAN akan dinyatakan kepada hamba-hamba-Nya, dan murka-Nya kepada musuh-musuh-Nya.


Dari dalamnya akan keluar ucapan syukur dan suara orang bersuka ria. Aku akan memperbanyak jumlah mereka sehingga mereka tidak berkurang. Aku akan memuliakan mereka sehingga mereka tidak dihina.


Mereka akan datang bersorak-sorai di tempat tinggi Sion. Mereka akan berseri-seri kerana kebaikan TUHAN, kerana gandum, air anggur, dan minyak, kerana anak-anak domba dan lembu. Jiwa mereka akan seperti taman yang diairi, mereka tidak akan merana lagi.


suara kegirangan dan suara kegembiraan, suara pengantin lelaki dan suara pengantin perempuan, suara orang yang membawa korban syukur ke Bait TUHAN sambil berkata, “Mengucap syukurlah kepada TUHAN alam semesta, kerana TUHAN itu baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya!” Aku akan memulihkan keadaan negeri ini seperti sebelumnya,’ demikianlah firman TUHAN.


Kediaman-Ku akan ada pada mereka; Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Ukuran keliling kota itu ialah 18,000 hasta. Sejak hari itu kota itu dinamai: TUHAN Hadir di Situ.’


Aku akan hadir menyertai kamu dan menjadi Allahmu, kamu pun akan menjadi umat-Ku.


TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu seperti kesateria pembawa kemenangan. Dengan penuh sukacita Dia akan bergirang kerana engkau, dan tenang berdiam kerana kasih-Nya. Dengan sorak-sorai Dia akan bergembira kerana engkau.”


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, ‘Aku kembali lagi kepada Yerusalem dengan penuh rahmat. Bait-Ku akan dibangunkan di dalamnya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘dan tali pengukur akan direntangkan atas Yerusalem.’


Kamu akan lari melalui lembah pergunungan-Ku itu, sebab lembah pergunungan itu akan sampai ke Azal. Kamu akan lari seperti kamu pernah lari kerana gempa bumi pada zaman Uzia, raja Yehuda. Kemudian TUHAN, Allahku, akan datang bersama-sama semua orang suci-Nya.


“Pada waktu itu banyak bangsa akan mengikatkan diri kepada TUHAN dan menjadi umat-Ku, lalu Aku akan bersemayam di tengah-tengah kamu.” Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta telah mengutus aku kepadamu.


Aku sendiri akan menjadi tembok api di sekelilingnya,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku akan menjadi kemuliaan di tengah-tengahnya.’ ”


Beginilah firman TUHAN, ‘Aku akan kembali ke Sion dan bersemayam di tengah-tengah Yerusalem. Dan Yerusalem akan disebut Kota Setia, manakala gunung TUHAN alam semesta, akan disebut Gunung Suci.’


Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.


“Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”


Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.


Yesus menjawab, “Sesiapa yang mengasihi-Ku akan menurut ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihinya. Dan Kami akan datang kepadanya serta tinggal bersamanya.


TUHAN pun akan mencerai-beraikan kamu antara segala bangsa dari hujung bumi ke hujung bumi. Di sana kamu akan beribadat menyembah tuhan-tuhan kayu dan batu, yang tidak dikenali baik olehmu mahupun oleh nenek moyangmu.


Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!


“Kepada malaikat jemaah di Efesus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memegang tujuh bintang di tangan kanan-Nya dan yang melangkah di antara tujuh kaki pelita daripada emas:


Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan