Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 11:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Terdengar suara raungan para gembala, kerana kemuliaan mereka telah diruntuhkan! Terdengar suara ngauman singa-singa muda, kerana belukar di sepanjang Sungai Yordan telah dimusnahkan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Penguasa-penguasa meratap, kerana kemuliaan mereka sudah lenyap. Dengarlah auman singa; kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Penguasa-penguasa meratap, kerana kemuliaan mereka sudah lenyap. Dengarlah auman singa; kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 11:3
34 Iomraidhean Croise  

Selamatkan aku daripada mulut singa; dan daripada tanduk lembu liar.


Ngauman mereka seperti singa betina. Mereka mengaum seperti singa-singa muda, mereka menggeram dan menerkam mangsanya, lalu membawanya lari tanpa ada yang dapat menyelamatkannya.


Kamu akan membiarkan namamu digunakan sebagai kutukan oleh orang pilihan-Ku. Tuhan ALLAH akan membunuh engkau, tetapi hamba-hamba-Nya akan disebut dengan nama lain.


Singa-singa muda mengaum dan melaung terhadapnya. Negerinya dijadikan tandus, kota-kotanya terbakar, tidak berpenduduk lagi.


“Sia-sia sahaja Aku menghukum anak-anakmu, mereka tidak mahu menerima pengajaran. Pedangmu sendiri telah memakan habis para nabimu, seperti singa yang membinasakan.


maka Aku akan menjadikan Bait ini seperti Silo dan kota ini menjadi kutukan bagi segala bangsa di bumi.’ ”


Sesungguhnya, seperti singa datang dari belukar Sungai Yordan ke padang ragut yang subur, demikianlah secara tiba-tiba Aku akan membuat mereka lari dari sana. Sesiapa yang terpilih akan Kuangkat untuk memerintah mereka. Kerana siapakah seperti Aku? Siapakah yang berani mendakwa Aku? Siapakah gerangan gembala yang dapat bertahan di hadapan-Ku?


Sesungguhnya, seperti singa datang dari belukar Sungai Yordan ke padang ragut yang subur, demikianlah secara tiba-tiba Aku akan membuat mereka lari dari sana. Sesiapa yang terpilih akan Kuangkat untuk memerintah mereka. Kerana siapakah seperti Aku? Siapakah yang berani menentang Aku? Siapakah gerangan gembala yang dapat bertahan di hadapan-Ku?


Jangan percaya kepada perkataan dusta yang berbunyi, ‘Inilah Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN.’


Katakanlah, ‘Betapa hebatnya ibumu! Dia bagaikan seekor singa betina antara singa. Dia mendekam di tengah-tengah singa muda dan membesarkan anak-anaknya.


Penduduk Samaria ketakutan kerana patung anak lembu di Bet-Awen. Umatnya akan berkabung kerananya, begitu pula para imam penyembah berhala yang tadinya bergembira kerananya, sebab kemuliaannya telah hilang.


Pakailah kain perkabungan dan merataplah, wahai para imam, meraung-raunglah, wahai para petugas mazbah. Masuk dan bermalamlah dengan memakai kain perkabungan, wahai para petugas Allahku, kerana persembahan bahan makanan dan persembahan minuman telah ditahan daripada Bait Allahmu.


Tidakkah negeri ini akan gementar kerana hal itu dan setiap penduduknya akan berkabung? Bukankah seluruh negeri itu kelak meluap seperti Sungai Nil, bergelora dan surut seperti Sungai Nil di Mesir.”


“Pada hari itu juga,” demikianlah firman TUHAN, “akan terdengar teriakan dari Pintu Gerbang Ikan, raungan daripada kejiranan kota kedua itu, dan bunyi keruntuhan sebegitu kuat dari bukit-bukit.


Pada hari itu engkau tidak akan diaibkan lagi oleh segala perbuatanmu yang derhaka terhadap Aku. Pada waktu itu Aku akan menyingkirkan daripada tengah-tengahmu kalangan yang amat gembira dengan sifat riak mereka. Engkau tidak akan menyombong lagi di atas gunung-Ku yang suci.


Di tengah-tengahnya para pembesarnya seperti singa yang mengaum-aum, para hakimnya seperti serigala malam yang tidak meninggalkan sebarang sisa untuk keesokan harinya.


Meraung-raunglah, wahai pokok-pokok sanubar, kerana pokok araz telah tumbang. Pokok-pokok besar telah dimusnahkan! Meraung-raunglah, wahai pokok-pokok oak di Basan, kerana hutan rimba telah diratakan!


Dalam satu bulan kusingkirkan tiga orang gembala, kerana hatiku tidak sabar lagi terhadap mereka, dan mereka pun muak terhadap aku.


Jangan hiraukan orang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpin orang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya masuk ke dalam parit.”


Nabi manakah yang tidak dianiaya oleh nenek moyangmu? Mereka membunuh nabi-nabi yang telah menubuatkan kedatangan Yang Benar itu, yang kamu khianati dan bunuh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan