Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 10:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Patung berhala rumah mengatakan kesia-siaan dan penenung menyampaikan penglihatan dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi bohong dan memberikan penghiburan yang sia-sia. Oleh sebab itu orang berkeliaran seperti kawanan domba, menderita kerana tidak ada gembala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 10:2
44 Iomraidhean Croise  

Dan ketika Laban pergi menggunting bulu domba-dombanya, Rahel sempat mencuri terafim milik ayahnya itu.


Kata Mikha, “Aku melihat semua orang Israel tercerai-berai di gunung-gunung seperti domba yang tidak bergembala. Lalu TUHAN berfirman, ‘Mereka ini tidak bertuan. Biarlah mereka pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.’ ”


Tetapi kamu, kamu yang menutupi kebohongan, kamu semua tabib yang tidak berguna!


Jadi bagaimanakah kamu dapat menghiburkan aku dengan kesia-siaan? Semua jawapanmu hanya menyisakan kemungkaran belaka.”


Sesungguhnya, mereka semua tidak berguna! Pekerjaan-pekerjaan mereka hampa, patung-patung tuangan mereka hanyalah angin dan kesia-siaan.”


Akulah yang meniadakan tanda para penenung pembohong dan membuat para penenung jadi gila. Aku yang membuat orang bijak mundur ke belakang dan membuat pengetahuan mereka jadi kebodohan.


Sia-sia sahaja semua orang yang membentuk patung ukiran. Benda-benda kegemaran mereka itu tidak berfaedah. Para pemujanya tidak melihat dan tidak tahu apa-apa, sehingga mereka akan berasa malu.


Dengan siapakah kamu hendak menyamakan Aku, menyejajarkan atau mengibaratkan Aku sehingga kami sama?


Mereka itu semata-mata dungu dan bodoh, diajar berhala-berhala yang kayu belaka.


Lalu aku berkata, “Aduh, ya Tuhan ALLAH, sesungguhnya para nabi telah berkata kepada mereka, ‘Kamu tidak akan melihat pedang dan tidak akan mengalami bencana kebuluran, tetapi Aku akan mengurniakan kepadamu kedamaian yang terjamin di tempat ini.’ ”


Adakah antara berhala bangsa-bangsa itu yang dapat menurunkan hujan? Dapatkah langit sendiri menurunkan hujan lebat? Bukankah Engkau yang membuatnya, ya TUHAN Allah kami? Kami berharap kepada-Mu, kerana Engkaulah yang membuat semua itu.


Mereka selalu berkata kepada orang yang menista Aku, ‘TUHAN berfirman: Kamu akan hidup damai!’ Kepada semua orang yang menuruti kedegilan hatinya, mereka berkata, ‘Malapetaka tidak akan menimpa kamu.’


Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan mereka yang menyampaikan nubuat daripada mimpi-mimpi dusta,” demikianlah firman TUHAN, “yang menceritakannya dan menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan keangkuhan mereka. Aku tidak mengutus mereka dan tidak memberikan perintah kepada mereka. Mereka sama sekali tidak berfaedah bagi bangsa ini,” demikianlah firman TUHAN.


Mereka menyampaikan nubuat dusta kepadamu sehingga kamu akan dijauhkan dari tanahmu. Aku akan menghalau kamu sehingga kamu binasa.


Jangan dengarkan perkataan para nabi yang berkata kepadamu, ‘Kamu tidak akan takluk kepada raja Babel,’ kerana mereka menyampaikan nubuat dusta kepadamu.


Mengenai kamu, jangan dengarkan nabimu, penenungmu, tukang mimpimu, peramalmu, atau tukang sihirmu yang berkata kepadamu, ‘Kamu tidak akan takluk kepada raja Babel.’


Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Jangan tertipu oleh para nabi yang ada di tengah-tengahmu dan oleh penenungmu. Jangan dengarkan mimpi-mimpi yang dimimpikan mereka.


Di manakah para nabimu yang menyampaikan nubuat kepadamu demikian, ‘Raja Babel tidak akan mendatangi kamu ataupun negeri ini’?


Israel bak domba yang tercerai-berai, dihalau oleh singa-singa. Mula-mula raja Asyur memangsakannya, dan yang belakangan ini, Nebukadnezar, raja Babel, menghancurkan tulang-tulangnya.”


denganmu Aku menghancurkan gembala dan kawanan ternaknya, denganmu Aku menghancurkan petani dan pasangan lembunya, denganmu Aku menghancurkan penguasa dan pembesar.


Mereka mengubati luka umat-Ku dengan menganggapnya ringan, kata mereka, ‘Sejahtera, sejahtera!’ Padahal tidak ada kesejahteraan.


Mereka mengubati luka puteri umat-Ku dengan menganggapnya ringan, kata mereka, ‘Sejahtera, sejahtera!’ Padahal tidak ada kesejahteraan.


Sia-sia dan hampa belaka segala penglihatan yang didapati oleh para nabimu. Mereka tidak menyerlahkan kesalahanmu demi memulihkan keadaanmu, tetapi mereka menyatakan kepadamu pernyataan yang sia-sia dan menyesatkan.


Sesungguhnya, raja Babel akan berdiri di persimpangan jalan itu, iaitu di pangkal kedua-dua jalan itu, untuk melakukan tenungan. Dia menggoyangkan anak panah, menanyakan petunjuk terafim, dan menilik hati binatang.


Sementara orang menyampaikan penglihatan-penglihatan tipuan serta tenungan dusta kepadamu, pedang itu ditempatkan pada leher orang fasiq yang harus dibunuh, yang saat penghukumannya sudah mencapai puncaknya.


Mereka tercerai-berai kerana tidak bergembala, dan kerana tercerai-berai, mereka menjadi makanan bagi segala binatang liar.


Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sesungguhnya kerana domba-Ku menjadi mangsa dan makanan segala binatang liar akibat tidak ada yang menggembala, dan kerana para gembala-Ku tidak memperhatikan domba-Ku, melainkan hanya mengurus diri sendiri sedangkan domba-Ku tidak diurus mereka,


Sesungguhnya, orang Israel akan hidup beberapa lamanya tanpa raja, tanpa pemimpin, tanpa korban sembelihan, tanpa tiang berhala, dan tanpa baju efod ataupun terafim.


Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!


Apa faedahnya berhala walhal si pembentuknya yang mengukirnya atau patung tuangan yang mengajarkan dusta itu? Pembentuknya percaya kepada barang yang dibentuknya sendiri, padahal yang dibuatnya hanyalah berhala-berhala yang bisu.


Malangnya gembala yang tidak berguna, yang meninggalkan kawanan kambing dombanya! Biarlah pedang menusuk lengan dan mata kanannya! Biarlah lengannya menjadi kurus kering dan mata kanannya buta sepenuhnya!”


yang akan memimpin pergerakan mereka dan yang akan membawa mereka keluar masuk, supaya jangan umat TUHAN seperti domba-domba yang tidak bergembala.”


Apabila Yesus melihat orang yang ramai itu, Dia berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala.


Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai di situ, hati-Nya berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka ibarat domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajar banyak perkara kepada mereka.


lalu tanda ajaib atau mukjizat yang dikatakannya kepadamu itu terjadi dan dia berkata, ‘Mari kita mengikuti tuhan-tuhan lain, iaitu tuhan-tuhan yang tidak kaukenal, dan mari kita beribadat kepadanya,’


Lalu kelima-lima orang yang pergi mengintai keadaan di daerah Lais itu berkata kepada saudara-mara mereka, “Tahukah kamu bahawa di rumah-rumah ini ada efod, berhala yang disembah, patung pahatan dan patung tuangan? Maka, kini kamu tahu apa yang perlu kamu lakukan!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan