Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Oleh sebab itu katakanlah kepada bangsa ini: Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Kembalilah kepada-Ku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘maka Aku akan kembali kepadamu,’ firman TUHAN alam semesta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 1:3
33 Iomraidhean Croise  

Dia pun pergi menghadap Asa dan berkata kepadanya, “Dengarlah aku, wahai Asa dan semua orang Yehuda serta orang Benyamin. TUHAN berserta dengan kamu apabila kamu berserta dengan Dia. Jika kamu mencari hadirat-Nya, Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika kamu meninggalkan-Nya, Dia pun akan meninggalkan kamu.


Namun demikian, dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari hadirat-Nya dan Dia berkenan ditemukan mereka.


Meskipun demikian, setelah mereka mendapat kelegaan sedikit, mereka berbuat jahat semula di hadapan-Mu. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan para musuh mereka yang kemudian menguasai mereka. Akan tetapi, ketika mereka kembali berbalik dan berseru kepada-Mu, dari persemayaman-Mu di syurga, Engkau sudi mendengar rintihan mereka dan berkali-kali Engkau menyelamatkan mereka kerana kasih sayang-Mu.


Jika engkau berbalik kepada Yang Maha Kuasa, engkau akan dibangunkan kembali. Jika engkau menjauhkan kezaliman dari khemahmu,


Kembalilah kepada Dia yang kepada-Nya kamu memberontak, wahai orang Israel!


Aku sudah menghilangkan segala pelanggaranmu seperti awan dan dosa-dosamu seperti kabus. Kembalilah kepada-Ku, kerana Aku sudah menebus engkau.”


Tetapi nanti, setelah Aku mencabut mereka, Aku akan kembali mengasihani mereka. Aku akan mengembalikan mereka kepada harta pusaka masing-masing dan ke negeri masing-masing.


Mereka berkata, ‘Hendaklah setiap orang bertaubat daripada perilaku yang jahat dan daripada segala perbuatan yang jahat, maka kamu akan tinggal di negeri yang dikurniakan TUHAN kepadamu dan kepada nenek moyangmu sejak dahulukala untuk selama-lamanya.


Firman-Nya, “Kalau seorang lelaki menceraikan isterinya lalu perempuan itu pergi meninggalkannya lalu menjadi isteri orang lain, adakah lelaki itu akan kembali lagi kepada perempuan itu? Bukankah bumi itu sudah sangat najis? Engkau telah berzina dengan ramai kekasih, dan mahu kembali kepada-Ku?” demikianlah firman TUHAN.


“Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad! Aku akan menyembuhkan kamu daripada kemurtadanmu.” “Inilah kami, kami datang kepada-Mu, kerana Engkaulah TUHAN, Allah kami.


Aku terus-menerus mengutus kepadamu semua hamba-Ku, para nabi, dengan pesan: Berbaliklah daripada jalan hidupmu yang jahat, perbaiklah kelakuanmu, dan jangan mengikuti tuhan-tuhan lain untuk menyembah mereka. Dengan demikian kamu akan tetap tinggal di negeri yang telah Kukurniakan kepadamu serta kepada nenek moyangmu. Tetapi kamu tidak mahu memberikan perhatian dan tidak mahu mendengar Aku.


“Jika engkau mahu kembali, wahai Israel,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku! Jika engkau mahu menyingkirkan berhala-berhalamu yang menjijikkan dari hadirat-Ku dan tidak lari lagi,


Namun begitu, kamu berkata, ‘Mengapakah anak itu tidak menanggung kesalahan ayahnya?’ Kerana anak itu menegakkan yang adil dan benar serta berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku dan melakukannya, maka dia pasti hidup.


Buanglah daripada dirimu segala pelanggaran yang kamu lakukan, milikilah hati yang baru serta roh yang baru. Mengapa kamu harus mati, wahai keturunan kaum Israel?


Sesungguhnya, Aku tidak menyukai kematian yang harus ditanggung seseorang, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Oleh sebab itu bertaubatlah dan hiduplah.”


Katakanlah kepada mereka, ‘Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku tidak menyukai kematian orang fasiq. Aku mahu agar orang fasiq bertaubat daripada perilakunya, supaya dia hidup. Bertaubatlah! Bertaubatlah daripada perilakumu yang jahat itu! Mengapakah kamu harus mati, wahai keturunan kaum Israel?’


Kembalilah, wahai Israel, kepada TUHAN, Allahmu, kerana engkau telah tersandung akibat kesalahanmu.


“Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka.


“Mari kita kembali kepada TUHAN. Dia telah mencabik-cabik kita, tetapi Dia juga akan menyembuhkan kita. Dia mencederakan kita, tetapi Dia juga akan membalut kita.


“Sekarang juga,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis, dan dengan meratap.”


Sejak zaman nenek moyangmu kamu telah menyimpang daripada ketetapan-Ku dan tidak memegangnya dengan teguh. Kembalilah kepada-Ku agar Aku akan kembali kepadamu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Tetapi kamu bertanya, ‘Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali?’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan